Sunday, January 10, 2010

Mengapa Shahidan Cabar Datuk Zol MSN Bertumbuk dan Bertomoi?



Siapa ada tengok berita sukan di penghujung Buletin Utama TV3 malam tadi? Jika anda sempat melihatnya, anda juga mungkin seperti saya yang tersenyum simpul dan ketawa terkikih-kikih!



Sebab saya tersenyum simpul dan ketawa? Semuanya gara-gara kelakuan  Shahidan Kassim, mantan MB Perlis yang juga merupakan Yang Dipertua Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM). Shahidan yang ditemuramah oleh wartawan mengenai kritikan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong terhadap KOAM tiba-tiba naik angin. Anginnya bukan sebarang angin, tapi angin puting beliung hingga dengan wajah marah dia meminta pertelagahannya dengan Datuk Zol diselesaikan dalam gelanggang tinju atau tomoi!!


Wah, marah betul dia kepada Datuk Zol hingga masalah yang tak sebesar mana itu ingin diselesaikan dengan bergasak dan bertumbuk seperti kanak-kanak tadika. Orang tahulah Shahidan itu badannya tegap, tapi jika bertinju atau tomoi pastikah dia yang bakal muncul sebagai pemenang? Yang saya tahu dari pengalaman bekerja di Perlis dahulu Shahidan jenis manusia yang cuma berani di luar saja, kalau secara berdepan keberaniannya  cuma setaraf dengan budak tadika saja. 

Oleh itu kepada Datuk Zol jangan ambil pot dengan cabaran kanak-kanak yang bernama Shahidan itu. Biar si-luncai terjun dengan labu-labunya, kerana siapa yang tergigit lada, dialah yang terasa pedasnya.



~ pendikar gunung kriang

3 comments:

taro said...

Padan muka datuk zol.Perangai macam syaitan siut duk laga2 orang.Lain kali datang bincang elok2.Jgn nak jatuhkan org mcm tu ja.Pada shahidan TANIAH ANDA ANAK JANTAN.Datuk Zol Simpan kote tu leklok sorokdlm kIN PENGECUT.dayuuusssss DUk kutuk belakang ja tau...

Penumpang said...

Apa-apa pun, sebagai YDP KOAM dan bekas Menteri Besar Perlis, dan juga orang lama dalam politik dan politik badan sukan... buat malu saja bila Shahidan Kasim buat "cabaran" macam tu. Takkan tak boleh kawal emosi kut, macam budak kecik.
cakap depan kamera tv, lepas tu tentu menyesal dan kata terlepas cakap... Kalau jadi menteri besar, malu besar kalau buat perangai macam tu.
Nak tomoi ke, nak tunjuk anak jantan ke, ingat lah sikit...bukan "gangster".

Budak Syburi said...

biasalah, yang cenge tu gagak hitam.

Harap semua bertenang, sukan Malaysia pun tak tera mana, hanya ada beberapa sukan saja yang sampai taraf dunia macam badminton, squash, hoki (tak pi piala dunia pun).... yang lain tu tahap asia tenggara saja. jangan dok gaduh la pasai benda tu... lepas ni semua pulun pakat kutip banyak di Indonesia 2011 nanti.. jangan dok tomai la, pakat sembang baik-baik.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.