Tuesday, January 26, 2010

Menteri Atau Polis Yang Bercakap Betul?


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.berkata Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka kerana menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka. Bagaimanapun, katanya, penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan.

Beliau berkata demikian kepada Bernama sebagai mengulas penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu.

Nampaknya apa yang Rais kata tidak sama dengan apa  yang Ketua Polis Johor katakan. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dua hari lepas berkata  kesalahan Aduka adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan. Dan kerana tidak dapat dimaafkanlah itu agaknya, selepas saja ditahan di Kota Baru, Aduka  yang  berasal dari Negeri Sembilan itu terus dibawa ke Johor untuk siasatan lanjut. Kabarnya malam ini  Aduka akan bermalam di lokap polis Batu Pahat untuk  proses soal siasat. Ada satu versi lagi kata dia dibawa ke Bukit Aman.


Jadi sapa yang cakapnya betul nie - menteri atau polis? Boleh dimaafkan, seperti kata menteri atau tiada maaf bagimu, seperti kata polis?



~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.