Monday, January 25, 2010

Misi Damai Superbike Ala-Zahid, Boleh Caya Ke?

DATO ZAHID DI RAUB


Saya rasa lucu dengan cerita Menteri Pertahanan bernama Zahid Hamidi itu yang kini dalam "misi damai" di Thailand. Seperti laporan Bernama, menteri otai 58 tahun itu  menunggang superbike Honda Gold Wing berkuasa 1,800 cc diiringi 50 penunggang dan 40 pembuncing terdiri daripada personel kanan tentera dan profesional dari tiga negara Malaysia, Thailand dan Indonesia. Perjalanan mereka bermula di Chiang Rai, Thailand Rabu lepas dan dijadual berakhir di Bukit Kayu Hitam.


"Keamanan boleh disumbangkan secara tidak rasmi (menerusi ekspedisi superbike). Sebenarnya, kami memupuk diplomasi tidak rasmi. Walaupun kami datang dari tiga negara, dan terdiri daripada beberapa bangsa, agama dan latang belakang, kami bercakap dengan bahasa sama - bahasa motosikal," kata  Zahid.


Ewah....baru kali ini saya tahu keamanan boleh disumbangkan menerusi ekspedisi superbike! Cuma yang saya heran, mengapa ketika Perak sedang bergolak sakan dulu, Zahid tidak menggunakan ekspedisi superbike bagi menenangkan penyokong-penyokong BN yang bertindak merampas kuasa MB yang dipilih rakyat dan kemudian merampas kuasa Speaker DUN?


Dan satu lagi, ketika Perak masih dikuasai PR, Zahid adalah antara dalang bagi mewujudkan ketidak amanan dalam pentadbiran negeri, termasuk pernah mengada-adakan cerita ada tadika Kemas di Perak dikunci. Zahid juga yang ketika itu menteri di JPM pernah mengeluarkan arahan melarang pegawai Persekutuan menghadiri apa jua aktiviti di peringkat negeri. Mengapa Zahid tidak mengadakan ekspedisi damai superbike ketika itu, tetapi sengaja mewujudkan suasana bagi mengkucar-kacirkan pentadbiran negeri?


Zahid...oh..Zahid. Janganlah bersandiwara di balik ekspedisi superbike kononnya untuk mewujudkan perdamaian. Kami rakyat tahulah dari dulu lagi hang suka naik motor besar hingga pernah kemalangan di Indonesia. Mengapa bersandiwara?


Cuma sebagai menteri, Zahid kini dapat naik superbike dengan minyak yang dibekalkan oleh kerajaan. Makan angin separuh Thailand dengan duit rakyat. Tapi tak apalah, demi "misi damai"lah katakan. 

Mungkin berkat "misi damai" Zahid, lepas ini tiada letupan bom lagi di selatan Thai!!

http://pendikargunung.blogspot.com/


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.