Thursday, January 14, 2010

Najib: Lawati Jenazah Pun Perlu Ikut Status?



Pagi semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa menziarah jenazah Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Kelana Jaya, Selangor Mohd Nasir Che Ngah, yang meninggal dunia akibat sakit jantung.

Anak sulung Allahyarham, Mohd Nizam, 36, berkata Perdana Menteri meluangkan masa lebih setengah jam di rumah Allahyarham di Kelana Jaya.



Kepada keluarga si-mati, menziarahi jenazah sebegini pasti sangat dihargai, apa lagi jika PM sendiri yang diketahui sangat sibuk itu sudi meluangkan masanya seketika. 


Cuma teringat saya kepada kematian Sufiah Katas pada 5 Januari lalu. Allayarham Sufiah yang dibunuh dengan begitu kejam adalah ibu saudara kepada Rosmah, isteri Perdana Menteri. Malangnya Perdana Menteri mahu pun Rosmah tidak datang menziarahi jenazah ibu saudara mereka. Tentu keluarga  Allayarham Sufiah mengharapkan PM dan Rosmah datang seperti yang dilakukan terhadap Allayarham Nasir sebagai tanda simpati terhadap kematian yang menyayat hati itu.


Memang status Allayarham Mohd Nasir dan Allayarham Sufiah berbeza. Allayarham Mohd Nasir merupakan AJK Umno Kelana Jaya, manakala Allayarham Sufiah cuma orang biasa dan suaminya yang juga terbunuh dalam tragedi itu hanya seorang bekas imam masjid. Mungkin pertalian keluarga tidak penting dalam menjayakan semangat 1Malaysia ini.


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.