Friday, January 1, 2010

Najib Tak Yakin, 2010 Ekonomi Terus Gerhana!!!

Selamat datang 2010!!!

Sudah dengar ucapan tahun baru 2010 dari PM 1Malaysia malam tadi? DS Najib dalam ucapannya berkata Malaysia AKAN mencatat pertumbuhan lebih kukuh dan positif pada tahun 2010 dengan inisiatif jangka panjang dan jangka pendek yang AKAN diperkenalkan oleh kerajaan.
 

Najib juga berkata, kerajaan BERHARAP defisit fiskalnya akan dapat dikurangkan daripada 7.4 peratus kepada 5.6 %  pada tahun depan.


Mengapa Najib menggunakan perkataan yang begitu 'berlapik' mengenai ekonomi 1Malaysia tahun ini? Mengapa seperti tidak ada keyakinan, mengapa banyak menggunakan perkataan 'akan' dan 'berharap'? 'Akan' dan 'berharap' bermakna, tindakan belum dilakukan, malah belum bermulapun, ia baru berada dalam tempurung kepala Najibjadi ekonomi kita masih ditahap sugul, masih ditahap kurang memberangsangkan?

Bukankah hampir dua tahun dulu, semasa Najib masih menjadi TPM dan Menteri Kewangan dia pernah mengucapkan ekonomi kita tidak ada masalah, ekonomi kita teguh dan fundemental ekonomi kita sangat kuat?


Malam tadi gerhana bulan menyelubungi negara. Mulai awal pagi tadi harga gula dan roti sudah naik. Dan pagi-pagi tadi penjual kuih sudah naikkan sedikit harga kuih kerana katanya harga gula naik. Jika kuih-kuih yang manis naik harga tidak apa, tapi bila karipap, cucur badak, cucur udang dan pulut udang pun naik harga, itu sudah kerja gila!!

Awal pagi tadi gerhana bulan menyelubungi angkasa Malaysia. Nampaknya bulan pun cuba memberi isyarat kepada ekonomi Malaysia yang akan terus sugul.

Selamat datang 2010. selamat datang tahun baru gerhana ekonomi!!!

http://pendikargunung.blogspot.com/


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.