Saturday, January 2, 2010

Pemuda Umno Bakal Asah Keris Derhaka PM?




Kabarnya kenaikan harga gula yang mengejutkan ramai penduduk 1Malaysia yang bermula pagi kelmarin  turut  mendapat respons daripada Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.  Setiausahanya, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dalam satu kenyataan media petang semalam menyatakan pihaknya "membantah" kenaikan harga gula yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu. Megat Firdouz  menegaskan perkara ini "tidak patut berlaku"  walaupun kenaikan sekadar 20 sen ia tetap memberi impak negatif serta kesengsaraan kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Benarkah Pemuda Umno "membantah" sesuatu yang "tidak patut berlaku" itu? Jika Pemuda Umno membantah kepada siapa ia membantah dan cara bagaimana bantahan bakal dibuat? Adakah Pemuda Umno akan membantah menerusi tunjuk perasaan? 

Siapa yang menerajui KPDNKK, bukankah ia menteri yang bernama Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob yang juga orang Umno? Biasanya sesuatu keputusan yang membabitkan kepentingan rakyat dibuat atas kelulusan menteri yang terlebih dahulu merujuknya kepada Perdana Menteri.Jika Perdana Menteri setuju, barulah dasar itu dilaksanakan.



Jadi dalam isu kenaikan harga gula ini, bolehkah kita andaikan Pemuda Umno akan membuat bantahan besar-besaran menerusi tunjuk perasaan dihadapan KPDNKK yang diterajui Ismail Sabri atau membuat bantahan di hadapan Pejabat Perdana Menteri sendiri?


Soalnya beranikah bantahan menerusi demonstrasi dihadapan pejabat KPDNKK dan Pejabat Perdana Menteri diadakan? Beranikah sayap yang dikepalai Khairy menderhaka keputusan Perdana Menteri yang merestui kenaikan harga gula? 


Atau maksud "membantah", ialah membantah dalam hati saja? Jika membantah dalam hati tak payah membantahlah, kerana ia macam bantah cara budak mentah saja.



~ pendikar gunung kriang

1 comment:

Anonymous said...

kita tgk jer lah takat mana beraninya pemuda UMNO. Mana lah tau kot pas depa berhimpun kat putrajaya harga gula leh turun...

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.