Thursday, January 21, 2010

Rintihan Pilu Sepupu Rosmah Mansor



















Rasidi....anak sepupu Rosmah Mansor



PETALING JAYA, Jan 21 — “Tolonglah, jangan pandang hina keluarga kami. Kalau boleh mak cik ingin merayu agar Rasidi tidak dikenakan hukuman gantung.”

Begitulah rintihan seorang ibu, Zaharah Atan, 59, apabila anak lelakinya, Rasidi Ismail (gambar), 32, dituduh di mahkamah kerana membunuh empat sekeluarga dalam kejadian di Kampung Batang Rokan, Gemencheh dua minggu lalu. Dalam perbualan telefon selama 10 minit itu dengan Utusan Malaysia, suara Zaharah dikatakan tersekat-sekat menahan sebak sekali gus menggambarkan perasaan seorang ibu terhadap anaknya meskipun sebesar mana dosa dilakukan. Apatah lagi apabila menyaksikan sendiri Rasidi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rembau kelmarin dalam keadaan tangan bergari.

“Kalau boleh mak cik sendiri hendak merayu agar Rasidi tidak dikenakan hukuman gantung,” katanya.
Dalam kejadian itu, seorang bekas imam, Atan Daud, 87, isterinya, Sufiah Katas, 80, menantunya, Ismail Awang, 76 dan cucunya, Siti Khadijah Ismail, 22 ditemui mati dalam keadaan mengerikan. Mayat Atan ditemui putus tangan kanan, manakala isterinya, Sufiah putus tangan kiri. Ismail pula putus kepala dan Siti Khadijah ditemui dengan sebilah senjata tajam terpacak pada dadanya.

Rasidi yang merupakan suspek utama kes itu telah ditahan di atas jejambat berhampiran stesen transit aliran ringan (LRT) Masjid Jamek, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 4.05 petang 6 Januari lalu.

Zaharah yang baru balik dari bekerja di sebuah kilang di rumahnya belum bersedia bertemu dengan wartawan apabila tragedi hitam dalam hidupnya itu masih segar dalam ingatannya.

“Harapan mak cik, biarlah Rasidi dibebaskan dan tidak dikenakan hukuman gantung. Mak cik sayangkan Rashidi. Mak cik mahu Rasidi pulang semula ke pangkuan keluarga. Mak cik sudah maafkan kesalahan yang dilakukannya itu,” ulang Zaharah lagi.

Kata Zaharah, dia tidak akan berhenti berdoa supaya Rashidi selamat dari hukuman yang berat itu.

(Sumber: Utusan Malaysia)

PGK:  Begitulah luahan hati seorang ibu yang sangat kasihkan anaknya. Walaupun anak itu telah membunuh ayah, adik perempuan, datuk dan neneknya tapi kasih seorang ibu yang mengandung 9 bulan anaknya tidak pernah surut.


Tidak tahu pula kepada siapa Zaharah yang juga merupakan sepupu kepada Datin Rosmah Mansor, isteri PM, menujukan rayuan itu. Mungkin rayuan itu ditujukan kepada pihak mahkamah yang akan membicarakan anaknya. 

Mungkin juga ia ditujukan kepada rakyat Malaysia agar tidak menyalahkan Rashidi 100%, seorang penganggur yang dikatakan mengalami tekanan jiwa. 

Yang sangat pasti rayuan itu tidak ditujukan Zaharah kepada Rosmah yang tidak pun menjengukkan muka menziarahi kematian ngeri ibu saudaranya.

1 comment:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.