Thursday, January 21, 2010

Sebab Mengapa Surau Di Muar Dibakar Pada Hari Khamis













Pagi tadi, dua surau di Muar  dibakar, sebuah daripadanya rosak teruk.


Saya pernah meramalkan pada 11 Januari lalu bahawa selepas gereja, surau dan masjid pula akan dibakar. Saya pernah ramalkan jika plan A - membakar gereja tidak berjaya menimbulkan kemarahan orang bukan-Islam, kumpulan itu akan lakukan plan B pula - membakar masjid dan surau untuk menimbulkan kemarahan orang Islam pula. Baca ramalan saya di sini.

Sekarang ramalan saya betul, kan? Surau sudah kena bakar, mungkin lepas ini masjid pula mereka bakar!  Saya sangat yakin yang membakar gereja dan surau itu dari puak yang sama - puak yang suka melaga-lagakan rakyat demi survival mereka sendiri. Puak jahanam itu tidak akan berpuas hati selagi pertempuran antara kaum tidak tercetus di negara ini. Mereka telah melakukan banyak perkara untuk menimbulkan huru-hara, tapi gagal. Dan sekarang selepas ada surau yang terbakar, mereka mempunyai peluang  untuk mencetuskan kemarahan orang  Islam.

Strategi mereka memang bagus - bakar surau pada hari Khamis. Mengapa surau di Muar itu dibakar pada hari Khamis, bukan hari Ahad, bukan hari Selasa? Ia kerana esok hari Jumaat, hari umat Islam berkumpul di masjid untuk tunaikan solat Jumaat. Esok pasti ramai yang masih bercakap tentang surau yang dibakar hari ini. Dan di celah-celah ramai yang bercakap itu, pasti ada yang cuba timbulkan provokasi  dengan membangkitkan isu surau yang dibakar oleh pihak satu lagi yang dikatakan ingin membalas dendam!

Dan lepas itu?

Harap tidak ada yang terperangkap dalam mainan  provokasi puak-puak itu!


~ pendikar gunung kriang 

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.