Tuesday, January 19, 2010

Heei...Seram..Di PD Bukan Buaya, Tapi Hantu Raya!

 

Marah sungguh MB Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bila ramai yang percaya ada buaya di pantai Port Dickson selepas kejadian seorang pelancong dari Alor Gajah digigit seekor haiwan misteri yang dikatakan buaya air tawau. Bukan main marahnya Mohamad Hasan sampai menuduh orang yang menyebarkan berita ada buaya di Port Dickson itu mempunyai agenda "untuk kepentingan golongan tertentu".


Entah "golongan tertentu" mana yang sakit hati sangat dengan Port Dickson itu entahlah. Setahu saya semua orang suka Port Dickson dan jika berpeluang ramai yang ingin bersantai di sana setiap hujung minggu atau masa terluang. Yang sekarang mungkin tidak berapa suka lagi dengan Port Dickson ialah posmen dari Alor Gajah yang terkoyak kakinya digigit sesuatu yang seperti buaya di Port Dickson itu.


Mohamad Hasan berkata hingga kini tiada siapa pernah melaporkan nampak buaya atau ikan besar seperti jerung atau yu di pantai Port Dickson. Jadi kerana tiada siapa yang pernah nampak, dia kata kita tidak boleh percaya cerita kewujudan buaya atau ikan besar di pantai Port Dickson. Mungkin juga seperti cerita hantu yang kita tidak wajar percaya kerana ia tidak kelihatan. Walaupun ada yang pernah dirasuk tapi jangan percaya cerita hantu kerana iblis dan syaitan tidak kelihatan.


Tapi jika kita tidak boleh percaya ada buaya, jerung atau yu di pantai Port Dickson  makhluk gerangan apakah yang menggigit pelancong dari Alor Gajah itu? Apa makhluk yang menggigit tapi tak kelihatan, jika bukan pontianak, polong, dracula, pelesit,   hantu raya dan spesis lain yang sewaktu dengannya?

http://pendikargunung.blogspot.com/
~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.