Friday, January 22, 2010

Sultan Johor Mangkat, Al-Fatihah















AL-FATIHAH-Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail mangkat jam 7.08 malam Jumaat. Agenda Daily dimaklum oleh Ketua Penenerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan setelah beliau mendapat pengesahan daripada kenyataan Setiausaha Sulit Pemangku Sultan Tuanku Ibrahim. Terdahulu sebelah petang Al-Marhum Sultan Iskandar di masukkan ke hospital setelah gering. Ekoran itu Jemaah Sultan Johor telah melantik Tuanku Ibrahim sebagai Pemangku Sultan Johor.

(Sumber: Agenda Daily)


PGK: Saya sebenarnya masih ragu-ragu untuk posting berita ini. Ini kerana hingga kini belum ada pengesahan rasmi daripada media rasmi kita mengenai kemangkatan baginda. Tapi memandangkan yang mengeluarkan kenyataan itu ialah Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, orang Johor pula tu, saya perlu percaya.


Al-Fatihah untuk baginda. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t, amin..

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.