Thursday, January 14, 2010

Surat Altantuya Kepada Perdana Menteri









Saya sebenarnya sudah lama mendengar mengenai pertandingan itu. Tapi saya tak pernah ambil kisah. Cuma pagi tadi ketika menghantar anak ke sekolah, perkara itu diwar-warkan lagi di corong radio:

"....Pertandingan menulis surat kepada Perdana Menteri...terbuka kepada semua pelajar darjah satu hingga tingkatan lima...hadiah lumayan dalam bentuk wang tunai sehingga RM5,000, kamera digital, kamus, baucer buku dan koleksi stem serta komputer riba....Tarikh tutup peraduan ialah pada 19 Februari depan,,,bla...bla...bla...." Wah, hebat!

"Sha tak nak masuk ke pertandingan tu?", kata saya kepada anak perempuan saya yang berusia 11 tahun, "Hadiah lumayan tau!"


"Tapi Perdana Menteri kita kan orang jahat. Tak naklah masuk, buat apa tulis surat kepada orang jahat", kata anak saya.


"Kalau gitu Sha tulislah yang baik-baik untuk dia.  Nasihat dia supaya jangan buat jahat lagi. Mana tau hatinya berubah", ujar saya.


Anak perempuan saya menangguk. Bila angguk tanda dia setujulah untuk mengambil bahagian dalam pertandingn menulis surat kepada Perdana Menteri itu.


Cuma sekarang saya terbayang-bayang, jika benar-benar anak saya mengambil bahagian apa yang dia akan tulis.

Mungkinkah dia akan menulis begini?:


"Kehadapan Perdana Menteri yang ku sayangi,


Tuan tahu wanita Mongolia yang bernama Altantuya  itu mempunyai anak dan ibu bapa. Tetapi mengapakah ada tangan-tangan puaka rakyat Malaysia yang sampai hati meletupkan dirinya dengan C4 sehingga daging, tulang dan rambutnya hancur berkecai? Apakah ia gambaran kekejaman rakyat 1Malaysia yang sanggup melakukan apa saja demi untuk mendapatkan  kuasa dan harta benda?".


Atau anak saya akan menulis begini:

"Ke hadapan Perdana Menteri yang ku sayangi,


Benarkah apa yang penyiasat persendirian bernama Balasubramaniam itu katakan benar bahawa Tuan ada hubungan sulit dengan Altantuya? Jika ianya benar mengapa Tuan sanggup berlaku curang dengan isteri Tuan yang bernama Rosmah itu? Adakah ia kerana Rosmah yang semakin gempal  sudah nampak tidak menarik lagi?"


Adakah anak saya akan menulis begitu? Akhirnya saya ketawa kerana jika begitulah yang anak saya tulis, suratnya tidak akan ke mana-mana. Pertandingan itu perlu melalui Guru Besar dan jika itu yang ditulis bermakna surat itu hanya akan berada di dalam bakul sampah dalam bilik Guru Besar.




Nota: Artikel ini sepatutnya bertajuk "Surat Mengenai Altantuya Kepada Perdana Menteri"


~ pendikar gunung kriang

1 comment:

Anonymous said...

hg expect km nak caya dgn cita ni? tlg la diri hg skt... bg ada dua mutiara dan paip plastik/PVC (hrp2 phm) kt celah kangkang dan p kutuk Dato' Seri Najib face-to-face... if not, shut the hell up !

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.