Sunday, January 24, 2010

Tak Payah Buat Lawak Lagilah Tok Pa!!



tak yah buat lawak lagilah Tok Pa, tidur lagi baik!!


Agak marah  Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed atau Tok Pa  kepada TG  Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menolak pelawaan Kerajaan Pusat untuk menyertai jawatankuasa rundingan pemberian wang ihsan. Lalu Tok Pa meminta Kerajaan Kelantan mengenepikan "sentimen politik" demi "kebajikan rakyat".

Tok Pa seterusnya berkata, pemimpin politik perlu menggunakan pendekatan yang positif demi "kepentingan rakyat". "Tujuan kerajaan menjemput wakil kerajaan negeri menyertai jawatankuasa pengagihan wang ihsan itu menunjukkan sikap terbuka Kerajaan Pusat demi untuk kepentingan rakyat negeri ini," katanya seperti yang dipetik Bernama.

Banyak pendapat Tok Pa saya setuju. Pertama, seperti kata Tok Pa pemimpin Kelantan  tidak boleh dipengaruhi oleh sentimen  politik dalam pemberian wang ihsan ini. Tapi yang memusykilkan saya, jika bukan sebab sentimen politik, sentimen apa agaknya yang mendorong wang royalti yang dinikmati oleh kerajaan negeri Terengganu ketika diperintah BN ditukar kepada wang ihsan sebaik saja negeri itu diperintah oleh Pas pada 1999? Sentimen apa agaknya tu, mungkin sentimen gila kuasa atau sentimen gila babi?


Kedua, Tok Pa kata Kerajaan Pusat sentiasa bersifat terbuka, sebab itu wakil kerajaan negeri Kelantan dijemput menghadiri jawatankuasa wang ihsan itu. Memang diakui Kerajaan Pusat sentiasa bersifat terbuka dalam banyak hal. 

Sebab sentiasa bersifat terbukalah, mengapa di negeri-negeri yang diperintah oleh PR, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) ditubuhkan bagi menguruskan peruntukan Kerajaan Persekutuan. Peruntukan itu tidak disalurkan terus kepada Kerajaan Negeri  seperti di negeri-negeri yang diperintah oleh BN, sebab Kerajaan Pusat sentiasa bersikap terbuka!


Sebab sentiasa bersifat terbukalah, mengapa wakil-wakil rakyat PR dan pembangkang sejak dahulu tidak menerima peruntukan Ahli Parlimen sebagaimana yang diperolehi oleh rakan-rakan mereka dari BN. Kerana bersifat terbukalah peruntukan Ahli Parlimen PR disalurkan kepada Ketua Bahagian Umno, sedangkan untuk Ahli Parlimen BN, ia disalurkan terus kepada mereka. Kerana bersifat terbukalah ahli-ahli parlimen PR terpaksa mencari dana sendiri bagi membangunkan kawasan mereka, seperti Jeff Ooi yang terpaksa mengadakan konsert amal di kawasannya. 

Kerana bersifat terbukalah juga mengapa media arus perdana hanya menyiarkan berita yang menguntungkan BN dan mengenepikan berita yang menyentuh PR kecuali jika ia berita yang boleh memburukkan imej mereka. 

Kerana bersifat terbukalah, sudah ratusan orang yang mengkritik kerajaan disumbat  ke Kem Kamunting tanpa perbicaraan.


Kerana bersifat terbuka jugalah kerajaan-kerajaaan negeri yang diperintah oleh PR tidak habis-habis sentiasa diganggu gugat dengan pelbagai isu oleh petualang-petualang BN, kerana BN tidak dapat menerima kemenangan mereka dalam PRU ke-12 dahulu.


Dan kerana bersifat terbuka jugalah kerajaan negeri Perak yang dipilih oleh rakyat diganti secara kekerasan oleh BN.


Dah la tu, Tok Pa, tak payah dok buat lawak lagilah.....



~ pendikar gunung kriang

2 comments:

Anonymous said...

kerana wang demo kata terbuka, kalau tak mereka kata PR tak bolih berunding. kerana mereka ada agenda politik . saya harap pemimpin umno kelantan kena faham lah undang-undang jangan kerana duit mereka semuanya buta belaka. jadilah macam ku li kita. yang benar tetap benar.

Unknown said...

Salam

Terbuka? Pintu Neraka juga akan terbuka!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.