Monday, January 18, 2010

Tak Salah Cium Bukan Muhrim, Depa Pun Buat Juga!



Minggu lepas agak bingit beberapa blog menyentuh mengenai penyanyi Black atau nama asalnya Hanifah Hanafiah  gara-gara tindakan Black yang dilihat mencium pipi mentornya, Mas Idayu sebaik jejaka berusia 22 tahun itu diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik d Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24). 
Ramai yang menyelar tindakan Black itu kurang sopan, apatah lagi ia disiarkan secara langsung di televisyen dan disaksikan oleh berjuta-juta penonton. Ini bukan kali pertama artis-artis kita mempamerkan kelakuan tidak sopan di depan umum. Tidak berapa lama dulu penonton juga dapat menyaksikan adegan live  juara Raja Lawak musim kedua, Nabil yang memeluk dengan gaya penuh berahi kekasihnya Irma, ketika dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular.


Hari ini dalam Star Online, Black menjelaskan perbuatan mencium  Mas Idayu yang dipanggilnya "mummy' bukan perkara asing baginya. "Lagipun, Mummy sudah saya anggap sebagai ibu. Dia juga tidak cakap apa tentang perkara itu...kerana jika kami bertemu di luar pun, saya memang akan mencium pipinya, seperti mana saya lakukan pada ibu saya,"




Oh, jadi gitu gayanya, memang Black selalu juga cium Mas Idayu yang bukan muhrimnya itu sebelum ini? Oh, jadi gitu gayanya, boleh cium bukan muhrim jika orang yang dicium itu sudah dianggap sebagai ibu? Mudahnya, main pakai anggap-anggap saja! .Jika anggap-anggap macam ibu, boleh cium sesuka hati? Begitu juga jika ada anak perempuan yang anggap-anggap seorang lelaki bukan muhrim bagai ayah sendiri kerana kebaikannya boleh juga buat benda yang sama dengan lelaki itu. Mudahnya mereka lihat hukum agama!



Apa yang berlaku itu mungkin kerana kedangkalan ilmu agama di kalangan anak-anak muda kita. Kita lebih mementingkan soal-soal kosmetik dari ajaran dan roh agama itu sendiri. Kita berlumba menunjukkan cinta tehadap nama Allah, tetapi tidak ambil tahu hukum-hukum Allah.


Satu lagi ia berlaku kerana mereka yang lebih tua juga tidak membimbing ilmu agama kepada anak-anak muda ini. Yang mencium tidak mengetahui hukum agama, yang dicium pula tidak cuba menghalangnya, malah dengan mata separuh pejam cuba berkongsi menikmatinya....


Dan ia bukan pertama kali aksi hodoh ini berlaku. Ia telah lama berlaku, bukan saja membabitkan artis, tapi juga yang bukan artis, tidak kira ia orang biasa atau orang luar biasa berstatus VVIP, seperti ini:


lhttp://www.kroni.biz/jj/rosmah.jpg


Mungkin bagi anak-anak muda ini melihat tidak salah setakat cium-cim begitu kerana orang lain pun buat, depa yang VVIP tu pun buat, Rosmah pun buat, jadi apa nak heboh-heboh?



http://pendikargunung.blogspot.com/


~ pendikar gunung kriang

3 comments:

radens albanjari said...

salam tuan tanah,
jika gitu wak pun nak anggap-anggaplah mas idayu tu jadi kakak wak.boleh cium sokmo..siang malam pagi petang. Ajaran ayah pin mana depa dok pakai ni..main ikut suka mak bapak dia ajer nak label halal kat benda yg sudah nyata HARAM.

Sori tuan tanah..emosi skett!

Anonymous said...

haaa..pandai la sgt
jwpn tah apa-apa
cuba la jwb mengaku salah
minta maaf ke..ni jwbnya cam tatau hukum lak

i bet he knows about hukum tapi wat-wat tatau..
ni golongan apa ek?

pendikar gunung kriang said...

wak,

Rosmah tentu cemburu dengan Mas Idayu kerana belum ada lagi orang 1Malaysia yang nak anggap dia sebagai kakak atau mak mereka. Yang ada cuma orang Bollywood yang beberapa tahun sekali baru sampai Malaysia untuk cium-cium...

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.