Sunday, February 28, 2010

Najib Agen Amerika

MESRA

Menteri di JPM, Datuk Nazri Aziz berkata sejak Datuk Seri Najib jadi PM, perhubungan Malaysia-Amerika Syarikat  semakin mesra dengan perubahan dasar luar Malaysia terhadap negara itu yang semakin ketara. Nazri yang memimpin Anggota Parlimen dari Malaysia untuk lawatan kerja lima hari ke Amerika sejak Selasa berkata pertemuan dengan pegawai-pegawai kanan Amerika Syarikat dan ahli-ahli kongres dan senator telah diadakan membincangkan pelbagai isu termasuk usaha melawan keganasan (pengganas Islamlah agaknya tu).

Baguslah macam tu, Nazri, baguslah. Dulu di zaman Mahathir jadi PM,  bukan main lagi juak-juak Umno label   kepada Anwar yang mempunyai dua tiga rakan dari Amerika. Lalu timbullah gelaran Anwar jadi agen Amerika, Anwar jadi agen Yahudi dan sebagainya hanya kerana dia mempunyai dua tiga rakan dari Amerika yang sentiasa menyokongnya.

Tapi ketika Anwar disokong oleh rakan-rakan Amerikanya itu, Anwar tidak pula pernah menyatakan dia mempunyai hubungan 'mesra' dengan mereka. Tapi kini  Nazri mengaku Amerika ada hubungan mesra lantaran dasar luar baru Malaysia di bawah pimpinan Najib.

Lalu, dengan adanya hubungan mesra antara regim Najib dan regim Obama itu, bolehkah kita katakan Najib sudah jadi agen Amerika? Tidak salah rasanya membuat andaian begitu, kerana ia adalah andaian mengikut acuan Umno yang  mereka percaya sejak  1998 dahulu lagi.

~ pendikar gunung kriang

Ini Dia Tokoh Pompuan Pembela Islam Malaysia!!!

Sapa kenal muka-muka payau di bawah nie? Saya ciplak gambar nie dari blog sendiri mau ingat. Sori, bro, ciplak tanpa izin...

[SIS+2.jpg]
Nampak macam wajah-wajah familiar ajer, kan? Macam kenal ler!!! Ya lah, ini lah wajah pembela-pembela Islam yang bernaung di bawah Sister In Islam. Laki dan bapa pompuan-pompuan nie orang kuat Umno pembela bangsa dan agama itu belaka.

Cun tak pompuan-pompuan pembela Islam tu? Rambut sapa paling sexy, dada sapa paling montok, gigi sapa paling bersinar, hangpa boleh buat penilain sendiri. Sapa yang menang, boleh dinobatkan sebagai Tokoh Pompuan Pembela Islam sempena Maulidur Rasul.

~ pendikar gunung kriang

Awas, Sabah Dalam Bahaya!!!

Ini bukan keadaan di Sabah. Ini gambar kesan  gempa bumi kuat yang melanda Chile kelmarin.

Penduduk di kawasan pantai selatan Sabah dinasihatkan menjauhi pantai kerana terdapat kemungkinan akan berlaku keadaan laut bergelora dan kenaikan paras laut bermula 12 tengah hari sehingga 6 petang hari ini, menurut kenyataan akhbar Jabatan Meteorologi Malaysia.

Katanya, ini berikutan kejadian gempa bumi kuat berukuran 8.8 berskala Richter 90 km dari timur laut bandar Conception, Chile kira-kira pukul 3.34 pagi waktu tempatan (2.43 petang waktu Malaysia) Sabtu.

Kebimbangan tersebut ekoran gempa bumi berukuran 8.8 di Chile semalam, dengan negara-negara di Lautan Pasific bersiap sedia memindahkan rakyat mereka ke tanah tinggi.

(Sumber: Malaysiakini)

Saturday, February 27, 2010

Kerajaan Negeri Kedah Atau Penghuni PAKR Yang Zalim?



Saya sebenarnya nak tulis posting ini sejak malam tadi lagi, sebaik saja tertonton berita 9 malam di TV3. Tapi  malangnya sibuk sangat malam tadi, hingga tiada ruang waktu untuk menulis. Pagi tadi pun tak sempat menggarap ulasan terhadap apa yang bermain-main di kepala saya itu, kini baru ada sedikit masa untuk menulis.


Ia mengenai satu berita di TV3 malam tadi. Kononnyua kisah duka penduduk-penduduk Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Mergong yang rasa sangat sedih kerana pengumuman terbaru Kerajaan Negeri Kedah yang akan menyerahkan urusan mengutip balik tunggakan hutang PAKR Mergong kepada pihak bank. Kata mereka yang diwawancara bahawa habislah mereka kali ini, kerana pihak bank tentu bukan seperti Kerajaan Negeri yang bertolak ansur dalam bayaran balik hutang penduduk. Dulu semasa urusan membayar balik hutang diurus sendiri oleh Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri, sama ada mereka hendak membayar balik atau tidak, Bahagian Perumahan buat tidak peduli sangat. Tapi jika urusan mengutip balik hutang ini diserah kepada bank, mereka takut bank akan bertindak tegas merampas  rumah yang mereka jarang-jarang  bayar balik hutang itu atau tak pernah langsung bayar balik pinjaman  selama bertahun-tahun.

Seorang penghuni yang diwawancara berkata, jika dia diusir, ia adalah perbuatan zalim kerana dia telah menduduki rumah itu sangat lama (barangkali tanpa pernah bayar balik pinjaman!). Seorang lagi berkata, bukan mereka tak mahu bayar balik pinjaman, tapi meereka orang susah, kadang-kadang ada duit lebih, kadang-kadang tak ada duit lebih, macam mana nak bayar balik hutang kepada Kerajaan Negeri?

Sebenarnya apa yang Kerajaan Negeri Kedah buat itu bukanlah suatu polisi baru. Sudah banyak Kerajaan Negeri yang menyerahkan urusan mengutip balik bayaran hutang  PAKR di negeri masing-masing. Semasa saya berkhidmat di Perlis dahulu, Kerajaan Negeri yang tidak tahan dengan tunggakan PAKR penghuni-penghuni yang terus enggan membayar balik hutang mereka yang berjumlah jutaan ringgit itu, akhirnya telah menyerahkannya kepada pihak bank untuk menguruskan kutipan bayaran balik. Langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Perlis itu adalah menuruti tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang ketika itu di bawah BN yang mempelopori langkah yang serupa yang terbukti sangat berkesan dalam memdapatkan balik hutang yang tertunggak.

Di Perlis dulu, banyak kisah pelik dalam kes keengganan penghuni membayar balik pinjaman PAKR ini. Ada yang berpuluh tahun tak pernah bayar, ada yang tidak pernah bayar langsung dan bila meninggal, rumah itu diwariskan pula kepada anak cucu yang juga tidak pernah membayar balik hutang. Itulah yang menyebabkan jumlah tunggakan mereka meningkat dan jika dicampur-campur semua sekali tunggakan semua penduduk, ia menjadi puluhan juta ringgit.

Yang Kerajaan Negeri pula membina rumah-rumah PAKR ini bukannya dengan peruntukan mereka sendiri. Mereka mendapat pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan dengan kadar faedah 4% setahun. Tapi bila ramai penduduk PAKR yang tidak membayar balik pinjaman, ia telah menjadi satu bebanan besar kepada Kerajaan Negeri, yang terpaksa menanggung hutang yang banyak dengan Kerajaan Persekutuan. Akhirnya apabila hendak membuat pinjaman baru, Kerajaan Persekutauan 'liat' untuk meluluskan pinjaman baru, kerana hutang lama pun belum dijelaskan. Bagaimana Kerajaan Negeri hendak jelaskan kepada Kerajaan Persekutuan, jika sumber bayaran dari penghuni PAKR sukar diperolehi?

Akhirnya Kerajaan Negeri menyerahkan urusan mendapatkan balik bayaran hutang itu kepada pihak bank. Pihak bank tidak seperti Bahagian Perumahan yang kakitangan penguatkuasaannya sentiasa tak cukup itu. Pihak bank, jika lambat bayar terus beri amaran dan lepas itu rumah disita dan jika masih berdegil  kes itu dibawa ke mahkamah. Itu yang membuatkan sebahagian penghuni PAKR yang telah lali tinggal percuma puluhan tahun itu sakit hati.

Sesuatu yang penghuni-penghuni PAKR yang enggan membayar balik pinjaman ini lupa, sikap mereka yang enggan membayar balik hutang itu menyebabkan rakyat berpendapatan rendah lain dinafikan hak mereka untuk mendapatkan rumah. Kerana mereka enggan membayar balik hutang, menyebabkan Kerajaan Negeri pula yang terpaksa menanggung hutang dengan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan pula enggan menyalurkan peruntukan baru kepada Kerajaan Negeri atas alasan hutang lama masih banyak yang tertunggak. Bagaimana tidak tertunggak jika ada penghuni  yang tinggal percuma puluhan tahun dan menganggap mereka berhak mendapat rumah percuma kerana mereka orang susah? Sedangkan di luar sana, masih ramai lagi yang susah, malah ada yang tinggal di gerobok buruk atau di bawah jambatan!!

Kadang-kadang kita ingat orang lain zalim, tapi kita lupa kita juga telah menzalimi saudara-saudara kita yang dinafikan hak mereka untuk mendapatkan rumah kos rendah. Semuanya kerana kita liat untuk membayar balik pinjaman!!

~ pendikar gunung kriang

Celaka Guan Eng!!!!











Kelmarin, mereka yang anti-Lim Guan Eng dan kerajaan PR Pulau Pinang tidak boleh menahan tebal muka  kerana apa yang mereka dakwa bahawa Kerajaan PR Negeri Pulau Pinang tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini tidak benar.Perarakan Maulidur Rasul diadakan! Ia berbeza dengan Kerajaan Negeri Perlis, Pahang dan Johor di bawah BN yang tidak mengadakan perarakan.

Perarakan 53 kontinjen jabatan-jabatan kerajaan dimulai dengan ketua-ketua jabatan melalui beberapa jalan termasuk Padang Kota Lama, Dewan Undangan Negeri, pejabat agama menuju ke Dewan Sri Pinang. Turut meraikan majlis ialah Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang sangat dibenci oleh Umno dan gerombolan NGO penyokong mereka itu.

Pasti puak-puak Umno dan gerombolan penyokong mereka yang bernama Perkasa @ Perkosa, Pekida @ Pukida dan lain-lain itu hangat hati melihat perarakan diadakan. Dan pasti bertambah sakit hati mereka melihat wajah ceria Guan Eng  di sebelah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan Ketua-Ketua Jabatan yang memberi sepenuh perhatian terhadap aturcara majlis yang berlangsung. Dalam hati mereka mungkin berkata:

"Oh...Tsu Koon, masa hang jadi Ketua Menteri dulu, awat laa hang tak mau melayan orang Islam macam Guan Eng buat"

atau depa kata:

"Celaka Guan Eng...potong stim betoi...lain yang diharap, lain yang jadi....celaka betoi Guan Eng!!!"

~ pendikar gunung kriang

Friday, February 26, 2010

Maafkan Saya.....

Saya minta maaf kerana tidak dapat muncul hari ini. Sibuk seharian dengan pelbagai aktiviti. Apa pun, salam Muaulidur Rasul yang terlewat. Jika Allah izinkan, jumpa lagi malam ini, insyaallah.

~ pendikar gunung kriang

Thursday, February 25, 2010

Bukan Saja Azmin, Ramai Lagi Yang Dipaksa Mengaku Diliwat Anwar!!


Naib Presiden PKR, Azmin Ali, dalam ceramah di Padang Majlis Daerah Machang malam tadi mendedahkan dirinya juga pernah diugut polis supaya mengaku pernah diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditahan pada 16 September 1998.

“Pegawai polis meminta saya menandatangani surat mengakui diliwat. Saya diugut akan ditahan di bawah ISA selama 20 tahun kalau tidak mahu menurut kehendak mereka,” kata Azmin.

Azmin,  Dr Munawar dan Sukma Dharmawan adalah antara mereka yang dipaksa mengaku diliwat Anwar dalam drama Liwat I  pada era reformasi  dahulu. Selain dari itu,  seorang pemandu limousin kulit hitam dari Amerika juga pernah disogok sejumlah wang oleh seorang pegawai Malaysia supaya mengaku dia diliwat oleh Anwar ketika Anwar berkunjung ke Amerika. Tetapi pemandu limousin itu, seperti Azmin Dr Munawar dan Sukma menolak membuat pengakuan diliwat yang jelas  semata-mata bagi mengaibkan bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

Sebab itulah bila drama Liwat II dipentaskan oleh Mahkamah baru-baru ini, ramai yang tidak percaya, sebab ia adalah sambungan drama Liwat I dengan plotnya yang hampir serupa.

Sebenarnya bukan saja Azmin,  Dr Munawar, Sukma Dharmawan dan lelaki pemandu limousin Amerika itu sahaja yang pernah dipaksa mengaku diliwat Anwar semasa era reformasi dahulu. Saya rasa senarainya lebih panjang, cuma tidak ramai yang ingin mengakuinya, mungkin atas sebab maruah. Antara yang pernah dipaksa mengaku diliwat ialah seorang anggota pangkat rendah di Kementerian Kewangan bernama Mr I (bukan nama sebenar).

Ketika era reformasi itu, saya bertugas di salah sebuah agensi kerajaan di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Satu hari, Mr I yang berbadan agak gempal dan berperwatakan lembut itu hilang selama beberapa hari. Beberapa hari kemudian dia muncul di kantin Kementerian Kewangan dan berkata dia ditahan polis kerana disyaki terlibat menyokong gerakan pro-Anwar yang baru dipecat ketika itu. Dia juga berkata polis menawarkan sejumlah wang kepadanya (saya sudah lupa jumlahnya) jika dia mengaku diliwat Anwar. Suatu hari kerana hilang sabar kerana asyik diminta membuat pengakuan palsu, dia melondehkan seluar dalamnya kepada polis dan memekik, "Apa...kau orang ingat aku tak da  k**e  ke sampai nak serah buntut kat orang!". Akhirnya Mr I dibebaskan tanpa mendapat pengakuan dia diliwat.

Saya tidak tahu sama ada Mr I ada menokok tambah untuk menyedapkan ceritanya. Tapi apabila Azmin berkata dia juga dipaksa mengaku diliwat, saya teringat kepada Mr I. Dan sampai sekarang, saya percaya dengan ceritanya.

Entah berapa ramai lagi yang dipaksa polis mengaku diliwat Anwar tapi tidak mendedahkannya, sebelum mereka menemui Azizan dan Sayfool?


~ pendikar gunung kriang

Mana Dah Hilang Teloq Menteri Nie, Jumpa Pompuan Pun Takut!!

kkkk


apa punya Menteri, nak jumpa pompuan pun takut!
 
Sejak zaman reformasi, Menteri yang merupakan anak Tun Hussein Onn itu dikenali sebagai seorang yang sangat penakut. Lebih sekali dia diajak berdebat oleh tokoh pembangkang, tetapi bila saatnya tiba, dia tidak muncul. Sebab itu bekas Ketua Pemuda Umno itu selalu disindir sebagai Hishamuddin auwwwww, kerana dia tidak kelihatan sebagai lelaki tulen yang berani dan garang. Dia lebih nampak seperti lelaki lembut....auwwww....pondan.

Dan pagi tadi Hishamudin Tun Hussein sekali lagi membuktikan kebaculan tahap wahidnya. Di depan pejabat Kementerian Dalam Ngeri pagi tadi, kira-kira 30 pemimpin Pakatan Rakyat dan kumpulan NGO, cuba menyerahkan kepada Hishamudin memorandum berhubung pendedahan seorang wanita malang, Norizan Salleh yang mendakwa ditembak oleh anggota keselamatan secara salah. Norizan, sebelum ini dilaporkan mendakwa ditembak lima kali di bahagian dada dan tangan di sebuah lebuh raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut. Norizan  mendakwa, akibat serangan tersebut beliau cedera parah dan terlantar di hospital lebih dua minggu bawah pengawasan polis. Beliau terpaksa menanggung kos rawatan perubatan berjumlah hampir RM20,000.
 
Akibat takut, Hishamudin hanya menghantar seorang pegawainya  menemui menemui pemimpin-pemimpin PR dan NGO itu yang menunggu di lobi bangunan  KDN untuk menyerahkan memorandum tersebut.  Berlaku sedikit kekecohan apabila peguam Norizan - N Surendran - dan wakil PR, berkeras untuk menemui sendiri menteri atau timbalannya.

"Kalau kita bagi pada kamu, kamu tidak akan ambil tindakan. Kita mahu beri pada Menteri," kata Surendran.

Pengarah komunikasi PKR, Lateefa Koya, pula berkata Hishamudin sepatutnya mengambil peluang untuk menemui mangsa yang turut menunggunya di lobi KDN, supaya beliau boleh melihat sendiri apa yang sebenarnya telah terjadi kepada Norizan. 

Ahli parlimen Kapar, S Manikavasangam berkata mereka akan menyerahkan memorandum itu kepada Menteri berkenaan bila parlimen bersidang mulai 15 Mac ini.

"Di Parlimen, dia tidak boleh lari," katanya.

Memang Hishamudin tidak boleh lari pada 15  Mac ini. Tapi dia mungkin pergi ke tempat lain "atas urusan rasmi" bagi mengelakkan menemui Norizan. Dan jika ini terjadi Hishamudin memang sah Menteri yang tak ada telur. Alahai....nak jumpa pompuan pun takut!!

http://pendikargunung.blogspot.com/ 

~ pendikar gunung kriang

Terima Kasih Banyak-Banyak Kerana Sudi Mencuri!!!



Ahli Jawatankuasa Masjid Ar-Rahman, Kampung Melele, Jitra mendapat idea yang baik bagi mengatasi masalah  kecurian barangan masjid yang sering berlaku. Mereka mendirikan satu kain bidang untuk menginsafkan pencuri-pencuri yang tidak bertanggung jawab itu. Kain pemidang itu tidak mencatatkan kata-kata amaran keras seperti lazimnya, umpamanya: "Penceroboh Akan Didakwa", "Kecurian Adalah Kes Polis", "Awas, Tindakan Tegas Kepada Pencuri!" dan lain-lain.

Sebaliknya kain bidang itu, seperti dilaporkan Kosmo mengucapkan terima kasih kepada pencuri yang sudi menceroboh dan mencuri barangan masjid. Kain bidang itu berbunyi:

"TERIMA KASIH KEPADA PENCURI-PENCURI YANG SENTIASA MENCURI BARANG-BARANG MASJID INI. TAPI INGAT, BALASAN TUHAN PASTI AKAN TIBA. YA ALLAH, BERILAH PETUNJUK KEPADA MEREKA INI"

Setiausaha Jawatankuasa Masjid, Mohd Fauzi Mohd Zain berkata kes kecurian di masjid itu telah tiba ke tahap yang begitu serius hingga menyebabkan 15 unit kipas, peralatan audio, wang tabung masjid, malah besi penutup longkang dan kepala paip juga dikebas pencuri.


Kerana berbagai ikhtiar yang dilakukan tidak berkesan bagi menangani masalah kecurian itu, jawatankuasa masjid memutuskan untuk meletakkan kain bidang ucapan terima kasih kepada pencuri yang diletakkan di pagar masjid mulai akhir tahun lepas. Dan kesannya, selepas itu tidak lagi berlaku kes kecurian berlak di masjid berkenaan.


Begitulah fitrah manusia. Kadang-kadang perlu gunakan pendekatan psikologi bagi menghadapi manusia keras kepala ini.

~ pendikar gunung kriang

Toyota, Engkau Hampir Membunuhku



RHONDA SMITH sebak semasa memberi keterangan mengenai siasatan keselamatan kenderaan Toyota di bangunan Capitol Hill, Washington kelmarin.


WASHINGTON – Hari pertama siasatan panel Kongres Amerika Syarikat (AS) berhubung isu keselamatan kenderaan Toyota kelmarin dikejutkan dengan tangisan seorang wanita, Rhonda Smith yang menceritakan dia nyaris maut semasa memandu sebuah Toyota Lexus.

“Anda patut malu, Toyota kerana tamak haloba. Begitu juga Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya (NHTSA) kerana gagal melaksanakan kewajipan anda,” katanya sambil teresak-esak.

Menurut Smith, dalam insiden pada 2006, dia nyaris tidak dapat mengawal keretanya apabila kenderaan itu tiba-tiba mencapai kelajuan 160 kilometer sejam walaupun dia tidak memecut. Wanita itu memberitahu, dia telah membuat aduan mengenai masalah elektronik kenderaannya tetapi tidak diendahkan oleh Toyota atau NHTSA.

Bagaimanapun, aduannya kali ini didengari Jawatankuasa Tenaga dan Perdagangan Kongres yang bersidang bagi menyiasat aduan orang ramai berhubung kelemahan keselamatan kenderaan keluaran Toyota dan beberapa syarikat pengeluar kereta lain di AS.

Panel itu ditubuhkan setelah pihak berkuasa pengangkutan Jepun menyatakan bahawa ia akan menyiasat 38 laporan berhubung masalah pecutan mendadak kenderaan Toyota sejak tiga tahun lalu sekali gus siasatan pertama mengenainya di Jepun.

Sementara itu, Presiden Toyota Motor, Akio Toyoda sekali lagi memohon maaf kelmarin berhubung isu keselamatan kereta syarikat itu yang membawa kepada penarikan semula lebih 8.5 juta kenderaan di AS dan Eropah.
 
Masalah pecutan mendadak yang dikaitkan dengan pedal minyak dan sistem elektronik kenderaan Toyota didakwa menyebabkan sekurang-kurangnya lima kematian sebelum ini. – Reuters

Wednesday, February 24, 2010

Apa Aku Peduli Jika Ekonomi Berkembang 4.5% Atau 100.5% Jika Hidup Tak Berubah?



Pencapaian ekonomi Malaysia yang mencatat pertumbuhan sebanyak 4.5% bagi suku keempat tahun lepas merupakan di luar jangkaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Pencapaian ekonomi di luar jangkaan? 4.5%?

Peduli apa saya dengan luar jangkaan atau dalam jangkaan? Peduli apa saya 4.5%, 5.5%, 20.5% atau 105.5%? Indikator saya tentang ekonomi negara bukan berdasarkan angka sekian-sekian peratus yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), tetapi berdasarkan apa yang rakyat sedang rasa kini. Apakah yang rakyat rasa tentang ekonomi kita, benarkah ia telah beransur pulih, beransur pulih secara luar biasa pula tu?

Saya tidak rasa ada pemulihan ekonomi, di luar jangkan lagilah tidak rasa. Saya juga tidak rasa keadaan menjadi lebih baik dari dulu. Dulu bawa duit pergi pasar RM200, masih ada sedikit baki untuk anak beli ais krim, kini RM200 sudah tak cukup untuk beli barangan pasar. Jadi pemulihan apa, pencapaian di luar jangkaan apa?

Pergi tanya peniaga, jawapan mereka sama: ekonomi  negara makin teruk, nilai wang makin merosot, hidup makin susah. Peniaga Cina yang dulu tutup kedai kerana cuti Tahun Baru selama empat hingga tujuh hari, kini kerana kesempitan ekonomi terpaksa buka kedai di hari kedua raya. Jadi pemulihan apa, pencapaian di luar jangkaan apa?


Pergi tanya orang kampung, bagaimana kehidupan mereka, ada bertambah baik ka? Silap-silap tanya orang kampung yang panas baran tu, penampar naik muka, kerana ingat kita perli mereka. Sudahlah realitinya hidup mereka makin susah, harga barang keperrluan tidak turun-turun, kita pula sampai hati buat-buat bingung bertanya: "kehidupan bertambah baik ka Pak Cik?"

Jadi saya tak peduli tentang angka-angka yang dicipta oleh pegawai EPU dari atas meja mereka itu. Saya tak percaya dengan petunjuk berdasarkan angka, saya lebih yakin kepada petunjuk berdasarkan pengalaman orang di sekitar kita sendiri. Jika peniaga, pemborong, pemandu teksi, nelayan, petani dan lain-lain golongan rakyat kata ekonomi semakin baik, saya percaya dengan petunjuk ekonomi yang mereka sampaikan. Tapi jika yang berkata ekonomi negara pulih itu menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri yang yang tidak pernah rasa susah kerana kereta, rumah, bil letrik, bil air, bil telefon, orang gaji, pemandu dan sebagainya ditanggung oleh kerajaan; saya tidak percaya. 

Menteri-menteri nak percaya dengan angka yang dicipta oleh pegawai mereka, depa punya pasallah. Saya tidak percaya kepada petunjuk berdasarkan angka, kerana saya lebih percaya kepada apa yang orang sekitar saya rasa.



~ pendikar gunung kriang

Akta Hasutan: Mata Polis Buta Sebelah?


Ini antara hasutan paling besar, tapi tak kena apa-apa pun!

Sejak akhir-akhir ini sudah beberapa orang Ahli Parlimen (MP) dan ADUN PR disiasat polis. Bukan disiasat kerana kes bunuh orang, rogol anak bini orang, rompak bank, bakar rumah ibadat dan sebagainya tapi disiasat di bawah Akta Hasutan. Antara yang disiasat di bawah akta ini sepanjang tiga bulan lalu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Teluk Intan M. Manogaran dan Adun Kota Alam Shah M. Manoharan. 

Dan hari ini, dua MP PR dipanggil polis berhubung dakwaan membuat kenyataan berunsur hasutan ketika satu perhimpunan umum di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 7 Februari lalu. Mereka ialah R. Sivarasa dan Salahuddin Ayub, masing-masing Naib Presiden PKR dan PAS.

“Kedua-dua kami disiasat di bawah Akta Hasutan,” kata Salahuddin yang pertama keluar selepas menemui polis. Ia kelihatan seperti skrip yang sudah pun disediakan,” kata Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian. Salehuddin disiasat berikutan kenyataannya berhubung penggunaan nama Allah, manakala Sivarasa kerana menyentuh ketidak adilan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saya sangat hairan mengapa jika yang brcakap itu orang PR, ia dikatakan hasutan, tapi bila isu yang sama disentuh oleh pemimpin BN ia bukan pula hasutan. Penerangan, barangkali? Natijahnya, pemimpin BN dan PR bercakap isu yang sama, cuma dari perspektif yang berbeza. Isu penggunaan nama Allah misalnya, ramai menteri yang bercakap, malah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pun bercakap juga. Tapi mengapa ia bukan hasutan?

Begitu juga isu drama Liwat II Anwar, menteri pun bercakap juga. Walaupun bunyi cakap berbeza - menteri minta rakyat percaya dengan lakonan mahkamah, manakala pemimpin PR mempertikaikannya, tapi pokoknya kedua-dua pihak bercakap. Cuma bila tiba tindakan polis hanya nampak satu pihak salah, satu pihak lagi tak salah. Jika dua orang bergasak, kedua-duanya dipanggil polis untuk siasatan, tapi lain jadinya bila ia berkaitan dengan politik, hanya satu pihak yang nampak salah. Gila babi betul!

Jika polis jujur mereka kena siasat semua pihak. Dan jika polis jujur, antara pihak yang paling layak dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan ialah RTM dan TV3 kerana banyak beritanya kelihatan sangat menghasut, mengarut dan melaga-lagakan orang. Jika polis bertindak terhadap satu pihak semata, nanti orang ingat mata polis kita cacat dan cemeh, nampak sebelah mata saja.


~ pendikar gunung kriang

Siapa Exco Kedah Bakal Gugur Minggu Depan?



Kerajaan Kedah dijangka mengadakan rombakan Exco negeri dengan beberapa Exco mungkin digugurkan atau ditukar bagi memberi peluang kepada muka baru, sempena istiadat angkat sumpah jawatan yang akan diadakan minggu depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan berkata, beliau akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi memaklumkan baginda mengenai rombakan itu, selain memohon perkenan terhadap senarai barisan Exco baru dalam tempoh terdekat.

"Istiadat mengangkat sumpah jawatan akan diadakan awal bulan depan dan saya akan menghadap Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan baginda.
Selain itu, akan berlaku perubahan terhadap portfolio anggota Exco selain ada muka baru yang akan dilantik," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Ditanya sama ada pengguguran beberapa anggota Exco sedia ada itu, mempunyai kaitan dengan kegagalan atau kemerosotan prestasi mereka, Azizan berkata, ia langsung tidak ada kaitan dengan perkara berkenaan.

(Sumber: Berita Hairan)

Oops...Berita Buruk Ini Diharamkan Dalam Utusan Meloya & Berita Hairan


Saya ciplak berita di bawah ini daripada Harakahdaily. Saya sangat-sangat yakin berita ini tidak akan dapat dibaca dalam Utusan Meloya, Berita Hairan, TV3 Suku dan lain-lain media kerajaan. Ia berita buruk untuk BN yang mengharapkan sebaliknya:  

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan rasa syukur ekoran negeri ini menerima pelaburan sebanyak RM6 bilion pada tahun lepas (2009) sedangkan tohmahan yang dibuat adalah sebaliknya jika Pakatan Rakyat memerintah. 

"Selangor menerima lebih 200 pelabur yang menunjukkan pelaburan yang paling banyak di Malaysia yang memberi erti bila pelaburan bertambah, ekonomi rakyat negeri juga akan bertambah,” jelasnya lagi. Dalam keadaan sekarang pun, tambahnya, kilang-kilang elektronik masih kekurangan sebanyak 15,000 pekerja yang sewajarnya diambil kesempatan oleh pekerja tempatan namun bila diadakan Kempen Jom Kerja, bilangan yang didapati sangat kecil.

Abdul Khalid berkata demikian ketika berucap merasmikan program Semarak Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diadakan di Seksyen 19, di sini malam tadi, yang turut dihadiri Penasihat Ekonomi negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Rodziah Ismail.

Sementara itu, ibu bapa kepada pasangan kembar, ‘Aisyah Zulaikha dan ‘Aisyah Zafira, setahun setengah, Ruzita Ismail, 38, dan Mohamad Bahrin, 46, dari Seksyen 8, dekat sini menyatakan rasa gembira kerana anak mereka dapat turut serta dalam Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas).

“Saya tidak sangka begini cepat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dapat tunaikan janji mereka dengan memberikan RM100 kepada anak-anak yang baru lahir di negeri ini,” jelas gembira di wajah Ruzita kerana menerima terus dari tangan menteri besar dalam majlis itu.

Pengunjung Kopitiam Dilarang Membaca Berita Ini



Ini berita yang tak sedap dengar nie! Ia berita mengenai kopitiam. Kopitiam berasal dari perkataan Hokkien, bermakna kedai kopi. Tapi kopitiam di negara ini bukan lagi nampak seperti kedai kopi Cina, ia kedai kopi yang dikunjungi oleh pelbagai kaum.

Hampir setiap hari Jumaat atau Sabtu, saya bersama isteri dan anak sering bersarapan di Kopitiam Jalan Teluk Wanjah, sebelum ke Pasar Besar Alor Setar untuk membeli bekalan dapur selama seminggu. Boleh dikatakan 95% pengunjung kopitiam di Jalan Teluk Wanjah itu ialah orang Melayu. Peniaga makanan juga semuanya Melayu. Yang tidak Melayu ialah taukeh kopitiam yang juga menjual minuman sejuk dan panas yang pelayannya  semua Melayu. 

Selama makan dan minum di kopitiam, saya tidak pernah meragui kehalalan makanan dan minuman yang disediakan kerana ia disediakan oleh orang Melayu sendiri.

Tapi berita dalam Kosmo hari ini agak mengejutkan saya: daripada beratus-ratus kopitiam yang broperasi di negara ini, rupanya hanya dua yang diiktiraf halal oleh Jakim! Kopitiam yang ada sijil halal itu ialah Pak Hailam Kopitiam yang mempunyai beberapa cawangan di seluruh negara dan Jonker Walk Kopitiam di Melaka. Selebihnya walla hu alam. Seperti kata Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, Amri Abdullah, rata-rata kopitiam menggunakan sijil dan logo  halal palsu yang dikeluarkan oleh pihak swasta yang tidak diiktiraf oleh Jakim.

"Ada pengusaha yang guna arak atau wain dalam masakan untuk tambahan rasa, ada juga yang menjuall arak di premis, sedangkan masing-masing meletkkan tanda halal," katanya.

~ pendikar gunung kriang

Jika Titah Tuanku Itu Difahami, Tidaklah Rakyat Jadi Begini


 
Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dalam  pelancaran buku "Knowledge, Language, Thought and the Civilisation of Islam: Essays in Honor of Syed Muhammad Naquib Al-Attas"  kelmarin bertitah ilmuan negara perlu didampingi dan bukannya dimusuhi pemerintah.  Seterusnya baginda bertitah  kejatuhan sesebuah negara bermula dengan kemunduran negara disebabkan budaya dan persekitaran politik yang membunuh perkembangan intelek kerana sifat takut dan gentar pimpinan yang sedang berkuasa yang merasakan kedudukan mereka mungkin tercabar.

"Pemikiran politik sedemikian amatlah destruktif. Pimpinan yang stabil dan negara yang maju sentiasa memilih pendirian untuk mendampingi dan bekerjasama dengan ilmuan," titah baginda.

Patik pacal yang hina dina ini sangat setuju benar dengan apa yang Tuanku titahkan itu.  Budaya politik kita bukan saja anti-ilmuan tapi anti ilmu dan anti maklumat. Bukan sedikit ilmuan dan pemikir-pemikir kita yang terpaksa meringkuk dipenjara sebelum ini. Ada pula  yang terpaksa bertapa di Kamunting kerana cuba menyebarkan idea yang tidak selaras dengan dasar konservatif pemerintah dan oleh itu perlu diasingkan dari masyarakat kerana didakwa 'membahayakan keselamatan negara'.

Kerana dasar negara yang anti-ilmuan, anti-ilmu dan anti-maklumat itulah juga hanya media yang selari dengan dasar konservatif kerajaan saja  yang dibenarkan terbit di negara ini. Pas pernah memohon penerbitan akhbar hariannya sendiri - Purnama - kira-kira empat tahun lalu, tapi apa yang terjadi dengan permohonan itu hingga kini tiada siapa tahu.  TV pula hanya membawa berita satu pihak sahaja, tidak ubah seperti media negara-negara Eropah Timur dan China di era kediktatoran komunis dahulu. 

Walaupun ilmuan boleh berkarya dalam internet di negara ini, tapi sedikit kesilapan (baca: kelantangan) boleh menyebabkan mereka ditahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 malah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Lagi pun dengan kelembapan capaian internet dan jumlah pengguna internet yang begitu kecil, rakyat terpaksa bergantung dengan berita dari media pemerintah yang berat sebelah itu. Apa yang  Tuanku katakan bahawa 'kejatuhan sesebuah negara bermula dengan kemunduran negara disebabkan budaya dan persekitaran politik yang membunuh perkembangan intelek kerana sifat takut dan gentar pimpinan yang sedang berkuasa yang merasakan kedudukan mereka  tercabar'  memang tepat dan benar. Ia telah berlaku dan masih berlaku, walaupun ada pemimpin yang cuba berlagak mesra rakyat di bawah slogan 1Malaysia.

Sejak dulu dasar pemerintah tidak pernah mesra ilmuan, kecuali para ilmuan jadi-jadian yang sentiasa ingin menjilat kerajaan. Contohnya jka pemerintah kita mesra ilmuan, mereka akan dengar nasihat ilmuan yang menentang pelaksanaan PPSMI. Tetapi kerana ilmuan dimusuhi seperti yang Tuanku titahkan, dasar yang merugikan negara itu dilaksanakan pada tahun 1993, walaupun kebanyakan ilmuan menentang pelaksanaannya. Selepas enam tahun berlalu  baru pemerintah sedar kesilapannya tidak mendengar suara ilmuan, tapi ribuan pelajar sudah dimusnahkan masa depan mereka dan RM12 bilion wang rakyat hangus untuk melaksanakan sebuiah kerja gila yang direncanakan secara sangat tergopoh-gapah.

Alangkah baiknya Tuanku jika titah Tuanku ini difahami oleh pemerintah yang kononnya mendahulukan rakyat, tapi tidak pernah bersimpati dengan suara rakyat itu. Dan tentunya Tuanku, jika pihak Istana sendiri rajin-rajin menegur pemerintah, tidak kira pemerintah di peringkat pusat atau di peringkat negeri, tidaklah berlaku banyak onar dalam politik tanah air termasuk mengganggu pemerintahan yang dipilih rakyat majoriti dan menukar ganti kerajaan yang sah dengan kerajaan lain sesuka hati mereka yang berkuasa di peringkat Pusat.

Daulat Tuanku!



~ pendikar gunung kriang

Tuesday, February 23, 2010

Alhamdulillah, Lepas Petrol, Tarif Letrik Pula Nak Naik!!



Baru kelmarin, keluar berita harga petrol akan dinaikkan pada pertengahan bulan depan.

Dan hari ini, keluar lagi berita, tentunya satu lagi hadiah dari kerajaan BN untuk rakyat Malaysia: Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Chin Fah Kui mengesahkan, kementeriannya telah menghantar kertas cadangan kepada Unit Perancangan Ekonomi tentang semakan tarif elektrik.
 
"Sudah pasti akan ada sedikit peningkatan, tidak mungkin penurunan," katanya kepada para wartawan dalam majlis Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Tenaga Nasional Berhad.

Jika harga petrol naik, tarif letrik naik, malah jika kedua-duanya naik, tak dapat dielakkan lagi harga tol, harga keperluan harian, tambang pengangkutan etc, etc, etc, pasti naik. Tapi jika semuanya naik, rakyat Malaysia  jangan bimbang dan jangan marah. Apa nak bimbang apa nak marah, memang patut kerajaan naikkan semua apa yang patut naik, kerana kerajaan yang kita beri mandat untuk memerintah itu namanya pun kerajan Barang Naik (BN), padanlah muka kita yang mengundi menteri muka cok kodok tu!

Lagi pun apa nak marah, apa nak bimbang, tarif elektrik negara kita kan lebih rendah jika dibandingkan dengan tarif elektrik negara lain seperti UK, Amerika Syarikat, Jepun, Korea, Perancis, Jerman, Holland, Singapura, Hong Kong dan lain-lain negara maju yang pendapatan perkapita mereka berpuluh kali ganda dari Malaysia itu!

Jadi nikmatilah semua kenaikan tarif letrik, petrol, tol, barang keperluan dan serba mak nenek kenaikan lagi itu dengan tenang. Jangan berdukacita, nikmatilah segala kenaikan dengan senyuman. Ha...ha...ha...ha....


~ pendikar gunung kriang

Umno: Dah La Tak Dak Teloq, Kurang Ajaq Pula!!


Kelmarin Pemuda Umno Pulau Pinang yang kecut teloq tu menyatakan depa enggan berdebat dengan Pemuda PR mengenai isu Melayu Pulau Pinang. Depa bagi alasan hanya nak berdebat dengan Guan Eng. Mungkin bagi depa, Pemuda PR tak setaraf dengan Pemuda Umno. Pemuda Umno hanya setaraf dengan Ketua Menteri. Depa lupa bahawa mengikut protokol, Ketua Menteri dan Menteri Besar itu setaraf dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, sebab itu gelaran bagi mereka ialah YAB. Jadi kalau nak berdebat, Guan Eng wajar berdebat dengan Najib atau Muhyidin, bukan dengan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang yang masih belum baligh itu.

Oleh itu, jika Pemuda Umno ingat Ketua Menteri setaraf dengan depa, depa silap besar. Bukan saja silap besar tapi bangang yang amat besar!.

Dan hari ini harakahdaily melaporkan satu lagi berita bangang dari kem Umno: surat cabaran debat dari Pemuda PR telah dikoyak-koyak oleh Pemuda Umno. Berita mengenainya ada dalam Astro semalam.

Perangai mengoyak-ngoyak surat ni perangai budak-budak. Orang dewasa dan berakal waras, jika terima surat saman yang tak masuk akal pun dia akan simpan sebagai rekod. Tapi geng Umno yang koyak surat tu macam budak-budak jahat yang kurang ajar.

Yang malangnya Pemuda Umno ni ialah dah la kecut teloq, kurang ajar pula!!

~ pendikar gunung kriang

Tinjaun: 96% Tidak Yakin BN Menguasai Semula Pulau Pinang


Baru sebentar tadi saya menyaksikan siaran berita jam 1.00 tengahari NTV7  - Edisi 7. Dalam siaran berita itu NTV7 membuat tinjauan SMS sama ada Gerakan berpeluang untuk merampas semula Pulau Pinang dari tangan PR. Jawapan SMS yang diterima dari penonton menunjukkan 96% tidak yakin Gerakan akan berkuasa semula di negeri kelahiran saya itu, manakala cuma 4% yang berkata sebaliknya.

Walaupun tinjauan rambang NTV7 itu tidak menggambarkan suara hati keseluruhan  pengundi Pulau Pinang, tapi saya yakin itulah gambaran umum masyarakat yang sudah hilang kepercayaan kepada BN. Sudah 50 tahun mereka menipu rakyat Pulau Pinang dan rakyat tidak akan membiarkan tangan kotor yang sama menguasai pejabat Ketua Menteri sekali lagi. Walaupun BN cuba berlagak kelihatan lebih telus dan jujur serta berpura-pura menjadi juara rakyat, tapi dosa-dosa selama setengah abad  mereka  sukar dimaafkan rakyat.

~ pendikar gunung kriang

Hitler Pernah Lari Ke Indonesia dan Masuk Islam?



Sehingga kini punca kematian Rudolph  Hitler - diktator Nazi Jerman  yang kejam itu - masih merupakan misteri. Walaupun ada yang percaya dia membunuh diri di bunker Berlin pada 30 April 1945, tapi ada yang berkata dia sempat meloloskan diri keluar negara dan meninggal dunia dalam usia tua di Argentina atau Brazil.

Tapi baru-baru ini seorang lelaki Indonesia Ahmad Zuhri Muhtar, 55 tahun,  menyatakan Hitler dalam usia tuanya telah sempat tinggal di Indonesia dan menyamar sebagai Dr Poch. Belaiu sendiri adalah pesakit Dr Poch. Dr Poch dikatakan pernah tinggal  di Kompleks Rumah Sakit Sumbawa bersama isterinya yang juga berasal dari Jerman.

Ketika isteri Jermannya itu kembali semula ke negeri asalnya, Poch yang kesepian telah mengahwini seorang wanita Indonesia yang beragama Islam.

Untuk keterangan lanjut, baca di sini

~ pendikar gunung kriang

Aiyaaaaa....Olang Jantan Memang Itu Macam Ka?



GLASGOW: Separuh daripada lelaki di Britain mengaku dalam satu tinjauan bahawa mereka selalu memandang payu dara wanita sebelum melihat wajahnya, lapor akhbar The Scotsman.

Empat daripada 10 lelaki mengakui merenung buah dada sekurang-kurangnya 10 kali sehari. 

(Sumber: Agensi)


Monday, February 22, 2010

Berdebat Pun Kecut Teloq, Nak Jadi Juara Rakyat Konon...Piiirah!!!


Tergelak besar saya dengan gelagat Umno yang akhir-akhir ini cuba mempromosikan dirinya sebagai juara rakyat, tapi bila dicabar ke hadapan, kecut habis dari hujung hingga ke pangkalnya! Sekali lalu, juara rakyat ini cuba menjadi hero dalam banyak isu, terbaru isu perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang. Tapi akhirnya juara rakyat kantoi sendiri bila negeri-ngeri yang dikuasai BN seperti Johor, Pahang dan Perlis juga tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul.

Dan petang tadi, juara rakyat ini sekali lagi bikin 1Malaysia gelak besar apabila parti itu menerusi Pemuda Umno Pulau Pinang dan algojo setianya Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP)  menolak Debat Perdana Rakyat 2010 yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Bagi membuktikan pepatah Melayu tidak 'tahu menari dikatakan tanah tinggi rendah' itu betul, Pemuda Umno dan DPMMPP memberi dua alasan kelakar mengapa mereka enggan berdebat. Pertama, mereka hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng saja dan tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' (Pemuda PR). Kedua, mereka enggan berdebat dengan  Pemuda PR   yang dianggap sebagai  'kuda tunggangan' Guan Eng.


Jadi kini Sang Juara telah menunjukkan siapa dirinya yang sebenar. Jika cabaran daripada 'ikan bilis' untuk bedebat pun juara rakyat sudah nampak pucat muka dan ketaq lutut, apa lagi nak berdebat dengan 'ikan jerung' bernama Guan Eng yang telah  lulus ujian ketahanan diri setelah dipenjara selama 18 bulan kerana membela budak perempuan Melayu yang dirogol oleh seorang pembesar Umno itu? Jika dengan 'kuda tunggangan' Guan Eng pun Pemuda Umno dan DPMMPP tak berani bertarung, apa lagilah nak bertarung dengan pemilik kuda yang pastinya lebih tangkas dari kudanya itu?

Alahai Pemuda Umno, alahai DPMMPP, tak payahlah menipu Melayu lagi. Cukuplah setengah abad hangpa menipu Melayu, menjual tanah Melayu, menyewa permit dan lesen orang Melayu kepada kaum kerabat hangpa daripada kaum Gerakan dan MCA. Semua orang Melayu Pulau Pinang tahu penipuan hangpa, semua orang Melayu tahu sebelah dari teloq hangpa sudah kena rebus oleh Gerakan dan MCA sejak setengah abad dulu lagi. Dengan teloq yang tinggai sebelah lagi itu hangpa memang tak berani berdebat punya, tak payahlah beri alasan-alasan yang tak logik itu lagi!!

Berdebat pun kecut teloq, nak jadi juara rakyat konon....piiiiirah!!


~ pendikar gunung gunung kriang

Alhamdulillah, Harga Petrol Naik Lagi!!!



Alamak, harga petrol nak naik lagi! Mengikut Sun Online yang memetik dari sumber Sin Chew Daily, kerajaan menjangkakan kenaikan 10sen se liter untuk petrol RON95 dan diesel apabila mekanisme baru harga petrol dikeluarkan pada pertengahan bulan Mac ini.

Tapi para pengguna jangan bimbang. Ia sebenarnya bukan kenaikan harga petrol, harga petrol tak pernah naik, ia cuma mekanisme baru harga petrol, jadi kenalah bayar lebih sedikit untuk menunjukkan kita faham maksud mekanisme baru itu.


Pengguna juga perlu tahu harga petrol yang bakal naik itu tidak akan membebankan sesiapa. Adalah sedikit kenaikan harga barang keperluan, kenaikan harga pengangkutan awam dan barangkali kenaikan harga tol, tapi biasalah, kan semuanya naik akhir-akhir ni, mana ada benda yang turun? Hujan pun dah lama tak turun, ini kan lagi barang keperluan?


Dan satu lagi harga petrol yang bakal naik itu lebih rendah dari harga petrol di negara-negara lain yang di buminya tidak ada simpanan petrol seperti Singapura, Jepun, Korea, Sri Lanka, Fiji, Samoa, Gabon, Kongo, Rwanda dan lain-lain. Jadi bersyukurlah kerana harga petrol kita lebih rendah dari negara-negara yang tidak ada petrol dari buminya itu.

Tapi awas, jangan cuba buat bodoh pula dengan membandingkan harga petrol kita dengan harga petrol di negara pengeluar minyak seperti Iran, Brunei, Kuwait, UAE, Saudi Arabia, Venuezela dan lain-lain, itu tidak adil untuk Malaysia yang buminya tidak ada minyak dan Petronas pun tidak pernah wujud itu!!


Selamat meraikan kenaikan harga petrol. Belajarlah makan dua kali sehari saja mulai sekarang!!


~ pendikar gunung kriang

Drama Liwat II: Konspirasi Terbongkar

Memang sah drama Liwat II ada direktor, ada penulis skrip, ada cameraman dan ada macam-macam jawatan lagi seperti pembikinan drama lain.

Memang ia satu konspirasi, konspirasi dari peringkat paling atas, sampai peringkat paling bawah, hingga peringkat yang main-main belah depan dan belah belakang, seperti ini:



 

  



Saya pinjam bukti konspirasi ini dari blog asal di sini
Terima kasih kerana copy & paste tanpa keizinan terlebih dulu!!

~ PGK

Bila Tentera Australia Buat Negara Ini Macam Negara Mak Bapa Mereka Dulu, Mengapa Umno Tak Bising?

Royal Australian Air Force di Butterwoth
 
Saya berasal dari Seberang Perai, Pulau Pinang. Masa saya kecil-kecil bapa dan kadang-kadang bapa saudara kerap membawa saya ke Tanjung, nama tempatan untuk Bandaraya Pulau Pinang. Pengalaman yang paling menyeronokkan ialah ketika naik feri. Setiap kali naik feri (sekarang pun), saya selalu akan berada di hadapan menikmati angin kencang dan desiran ombak yang kadang-kadang menampar muka dan meninggalkan rasa masin air laut di bibir.


Satu lagi yang seronok naik feri ketika zaman 70an itu ialah dapat berkenalan dengan awek-awek cun Mat Salih yang usianya sama dengan saya yang masih bersekolah rendah ketika itu, tetapi majoriti bertubuh bagai gadis 15 tahun. Cewek-cewek Mat salih yang putih melepak dan memakai mini skirt singkat bewarna putih  ini adalah merupakan anak-anak kepada anggota Royal Australian Air Force (RAAF) yang ketika itu berkhidmat di pengkalan udara RAAF di Butterworth. Berbekalkan sedikit pengetahuan Bahasa Inggeris, cewek-cewek dari Australia ini kebanyakannya mudah didekati dan begitu peramah.

Ketika itu, kalau naik feri sekitar jam 2 hingga 3 petang, separuh dari penumpangnya ialah Mat Salih dari RAAF Australia beserta anak-anak remaja mereka yang berulang alik dari rumah mereka di Pulau Pinang dan tempat kerja dan sekolah di Butterworth. Jika ke Pengkalan RAAF ketika itu, ia dipenuhi oleh puluhan kapal terbang pejuang milik Australia yang ketika itu membantu melindungi udara negara ini.

Ketika Australia membantu melindungi udara Malaysia di waktu itu, anggota-anggota tentera RAAF diberi layanan istimewa di negara ini. Mereka bukan saja ada pengkalan udara sendiri, tetapi sekolah dengan sistem pendidikan tersendiri. Ketika itu tidak pula timbul isu campur tangan Australia di negara ini, pada hal ketika itu negara sudah belasan tahun merdeka. Ketika itu memang terang-terang mereka mencampuri urusan negara ini, apa tidaknya Australia mempunyai pengkalan udara, peralatan tentera dan anggota yang semuanya dari Australia. Peliknya mengapa ketika itu, tiada yang marah apabila Australia teranga-terangan campurtangan urusan pertahanan negara ini? Adakah kerajaan tidak marah, Umno tidak marah, BN (ketika itu Perikatan) tidak marah, kerana mereka sendiri (Kerajaan) yang menjemput anggota tentera bersama peralatan dari Australia itu ke sini?

Sekarang apabila 50 MP dari Auatralia menegur sistem kehakiman kita, ramai yang melenting. Mereka cuma menegur dan mengkritik Malaysia seperti juga negara ini yang pernah mengkritik Serbia ketika krisis Bosnia dan Kosovo dan seperti kita mengkritik Rusia ketika pencerobohannya di Afghanistan dan lain-lain isu antarabangsa.

Ketika teringat cewek-cewek anak gadis anggota tentera udara Australia itu, tiba-tiba saya rasa hairan yang amat sangat.Bila puluhan tahun kerajaan  Malaysia membenarkan tentera udara Australia menggunakan kemudahan di negara ini, seperti negara mak bapa mereka sendiri, tiada suara Umno yang bertempik ia adalah campur tangan asing. Tapi apabila 50 MP Australia bersuara, Umno kata ia campur tangan asing, sedangkan mereka hanya bercakap di negara mereka bukan datang ke negara ini seperti tentera udara Australia di Butterworth dahulu.


~ pendikar gunung kriang

Jika Poket Tiada RM170,000, Jangan Dekati Cewek Indon!!


Jika ngak ada 500 juta, jangan dekati aku dong!

Wanita Indonesia kini berada dalam kelas tersendiri, boleh dikatakan super-mewah! Jika anda cuma orang biasa yang pendapatan bulanan bukan lima angka, jangan berangan-angan mahu mendekati cewek Indon, jangan, atau anda akan menyesal sepanjang hayat. Mana tidaknya, mengikut sumber berita Agensi, rakyat asing yang ingin berkahwin dengan wanita Indonesia dikehendaki membayar wang pendahuluan sebanyak 500 juta rupiah (RM170,000) - syarat baru diperkenalkan Kerajaan indonesia  untuk menjaga kebajikan wanitanya. Wang itu perlu dimasukkan ke akaun sebuah bank Islam tempatan sebagai jaminan nafkah kepada wanita terbabit sekiranya perkahwinan berkenaan berakhir dengan perceraian.

Syarat itu dikenakan bagi menangani kes wanita Indonesia yang dikatakan begitu ramai berkahwin dengan pria luar, terutamanya dari Asia Barat. Walau bagaimanapun syarat itu hanya dikenakan kepada wanita Indonesia yang ingin berkahwin dengan lelaki asing. Lelaki Indonesia yang ingin mengahwini wanita asing tidak dikenakan syarat yang serupa.

~ pendikar gunung kriang

Sunday, February 21, 2010

Agong & Sultan Diperlekeh Dalam Facebook Najib

Jika tidak silap saya, pernah satu ketika ada blogger yang disiasat polis kerana membenarkan komen-komen sensitif memasuki blognya. Tidak tahulah bagaimana kes itu sekarang. Mungkin dah tutup fail kot kerana dia tak mengaku itu tulisannya sendiri.

Tapi bagaimana jika komen sensitif, apa lagi menyentuh Sultan dan Yang diPertuan Agong ada dalam laman sosial facebook Perdana Menteri sendiri, ia tanggung jawab siapa? Cuba teliti tulisan Faiza Alih dalam  facebook Najib di bawah, wajarkah ia dipaparkan untuk ditertawakan oleh rakyat Malaysia?



Menyatakan Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai "orang bodoh-bodoh" dan "selalu kena buli semasa belajar di luar negara" bukan perkara kecil, apa lagi untuk satu laman sosial yang peminatnya menjangkau 100,000 orang. Seratus ribu  orang membaca cerita memperkecilkan kewibawaan Yang diPertuan Agong di dalam facebook Najib dan 100,000 itu boleh menjadi  satu juta atau 10 juta orang apabila setiap pembaca menjaja cerita yang sama kepada orang lain.


Bayangkan jika komen Faiza Alih itu muncul dalam blog anda. Hari ini Faiza Alih muncul dalam blog anda, esok pasti Perkasa, Pekida dan Pewaris akan buat laporan polis atau silap-silap buat demonstrasi kerana anda bersubahat menderhaka Raja!!


~ pendikar gunung kriang

Md Isa Sabu Merapu Macam Penagih Shabu

Ketika merasmikan program Juara Rakyat peringkat Parlimen Kangar di sini hari ini, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata Umno sejak dulu  membantu semua golongan rakyat yang memerlukan tanpa sebarang prejudis selaras dengan perjuangan parti itu.



"Umno sejak dahulu lagi tidak pernah meminggirkan golongan yang menderita akibat kemiskinan dan mereka akan dibantu. Kemiskinan tidak memilih parti," katanya seperti yang dipetik oleh Bernama.

Inilah kenyataan yang paling kelakar  dari mulut seorang Menteri Besar pada hari ini. Esok pasti ada lagi kenyataan kelakar dan bodoh dari pemimpin-pemimpin lain, tapi untuk hari ini kenyataan Md Isa Sabu itu yang paling lawak! Umno membantu semua pihak tanpa prejudis? Umno tidak pernah meminggirkan golongan yang menderita? Kemiskinan tidak memilih parti?

Semua orang tahu kenyataan Md Isa itu cuma untuk penyedap mulut. Di Perlis, bukan saja orang Pas dan PKR yang susah hendak cari makan, tapi orang Umno penyokong Bekas MB Shahidan Kasim juga susah nak cari makan. Itu bukan saya yang kata, Shahidan yang kata. Satu parti pun depa lanyak, apa lagi parti yang bukan cap dacing, lagilah kena lanyak dan lenyek. 

Betul Md Isa Sabu kata kemiskinan tidak kenal parti. Orang Umno juga ada yang miskin seperti orang Pas dan PKR. Tapi yang jadi masalah bukan kemiskinan tidak kenal parti tapi parti yang tidak kenal kemiskinan. Parti Umno hanya kenal kemiskinan orang Umno, ia tidak kenal kemiskinan orang bukan Umno, apa lagi orang Pas dan PKR. Orang Umno ditolong serta merta, orang bukan Umno sudah hampir nazak pun macam tak nampak. Tapi apa nak buat, Jawatankuasa Kuda Kayu (JKKK) Umno yang punya, depa cuma nampak orang kampung yang rapat dengan Pengerusi, Setiausaha dan AJK saja.

Alahai, kalau nak cerita pasal prejudis Umno terhadap orang bukan Umno ni 1,001 hari pun tidak habisnya. Cukuplah jika Md Isa Sabu cakap macam orang cerdik sikit. Md Isa Sabu bukan calang-calang orang, dia ada Ph D, bukan macam sebahagian Exconya, SPM pun cuma cukup-cukup makan saja. Oleh itu, Md Isa Sabu janganlah cakap merapu macam penagih shabu, nanti orang gelak ha ha..hu..hu...

~ pendikar gunung kriang

Dr Asri: Sudah Sekian Lama Berarak, Apa Hasilnya?



Sekali lagi Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) menyindir parti pemerintah amnya dan Umno khasnya. Terbaru artikelnya mengenai isu perarakan Mauliur Rasul di Pulau Pinang, 'Maulid, Melayu dan Mamak Penang' dalam Mingguan Malaysia hari ini jelas ditujukan kepada Umno. Malah PR juga disindirnya kerana seperti Umno, mereka juga gagal membela nasib umat Islam Pulau Pinang.

Saya petik beberapa kenyataan menarik Dr Maza mengenai isu perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang seperti tersiar dalam Mingguan Malaysia hari ini:

i) Perarakan Maulidur Rasul Berasal Dari Amalan Kaum Syiah:

"Tanpa syak umat Islam berbangga dengan kedatangan Nabi SAW. Kalahiran yang membawa kebahagiaan dan rahmat kepada dunia sejagat. Cumanya, dalam proses mengelakkan persamaan di peringkat itu mereka tidak mengadakan sebarang perayaan khas. Bukan bererti mereka tidak menghargai. Sebaliknya generasi Salafussoleh merupakan zaman yang paling menghormati, mengikuti dan menghargai Nabi SAW. Mereka terjemahkan itu semua dalam tindakan dan perbuatan mereka. Mereka mengamalkan sunnah baginda dan menegakkan prinsip-prinsip kebenaran baginda. Hakikatnya, mereka merayakan pengutusan Nabi SAW sebagai rasul sepanjang hayat mereka."

"Namun apabila muncul zaman Kerajaan Syiah Fatimiyyah di Mesir, perayaan Maulid Nabi secara besar-besaran diadakan. Mereka turut meraikan hari kelahiran tokoh-tokoh Ahli Bait dan kelahiran Nabi Isa a.s. Kemudian ia dihidupkan oleh pemerintah yang lain.Adapun Kerajaan Fatimiyyah mempunyai agenda politik yang tersendiri. Mereka ingin bekempen kepada kekuatan aliran Syiah mereka. Beberaa pemimpin Sunni kemudian mengadakannya juga atas berbagai tujuan yang lain. Ia berlangsungan dalam kebanyakan negara sehingga di bawa ke negara kita ini."

ii) Maulidur Rasul Bukan Isu Pokok dalam Islam

"Perayaan itu sendiri antara amalan yang menimbulkan pro dan kontra sepanjang sejarahnya. Tidak mengadakan maulid tidak menjejaskan sebarang akidah atau amalan Islam. Tentu pasti, tidak berarak maulid tidak memberikan apa-apa kesan kepada kehidupan seorang muslim."

iii) Hipokrit

"Sebahagian yang bertempik sakan hari ini kononnya membela Melayu Pulau Pinang tangan mereka juga tidak lebih bersih dari tangan-tangan kotor yang ada pada hari ini. Bukan baru, atau setahun dua Melayu terpinggir. Sudah lama. Malang, sebuah negeri yang pernah satu masa Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang yang berasal darinya, tetapi umat Islam negeri tersebut sedang dihambat oleh suasana, rencana dan pengkhianat sesama bangsa."

iv) Perarakan Maulid Tidak Membantu  Umat Islam

"Melayu Pulau Pinang tidak akan bangkit sekadar perarakan maulid. Sudah sekian lama kita berarak apa hasilnya? Dapat kita beli tanah, lot kedai dan rumah di Pulau Pinang lebih banyak? Kita mengharapkan kekuatan semangat Islam dan pertolongan Allah, bukan sekadar semangat bangsa dan keris Hang Tuah."