Tuesday, February 16, 2010

Akhirnya Anwar Mengaku Salah...

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengakui beliau salah memilih beberapa calon bagi mewakili parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum lalu.

"Calon bagi kerusi Parlimen saya yang pilih. Ketika itu PKR masih baru. Jadi kita terpaksa angkat (mereka)," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, PKR akan lebih berhati-hati bagi memastikan calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang tidak goyang, tetapi kuat dan bersih. 

(Sumber: Berita Harian)

2 comments:

KedahLaNie said...

aku tak kesah bab nie..adat laa nak buat camna..

masa sayang dan baru kawin apa yg dibuat semuanya wangi busuk mana ada langsung tapi bila dah talak 3 nie mau tau sampai dalam spenda pon nak didedahkannya.....so far kira baguih jugak allah taala tak bagi menang semua dulu..jika tak tak tau la katak2 nie nak buat apa dgn malaysia... jadi inilah proses saringan...insya'allah nanti akan mai yg betoi2 tahan lasak punya....

MANSOR JUNUS said...

Ini adalah kesalahan yang tidak disengajakan. Ramai juga MP2 PR yang menang, pada mulanya hanya diletakan sekadar untuk mengisi kekosongan. Persepsi awal tiada harapan menang. Semua mengaku sedia berkhidmat untuk bangsa dan negara. Tapi bila sudah ada kedudukan, biasalah....nafsu menjadi semakin besar dari akal. Maka beginilah jadinya. Dah lupa daratan.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.