Monday, February 22, 2010

Alhamdulillah, Harga Petrol Naik Lagi!!!



Alamak, harga petrol nak naik lagi! Mengikut Sun Online yang memetik dari sumber Sin Chew Daily, kerajaan menjangkakan kenaikan 10sen se liter untuk petrol RON95 dan diesel apabila mekanisme baru harga petrol dikeluarkan pada pertengahan bulan Mac ini.

Tapi para pengguna jangan bimbang. Ia sebenarnya bukan kenaikan harga petrol, harga petrol tak pernah naik, ia cuma mekanisme baru harga petrol, jadi kenalah bayar lebih sedikit untuk menunjukkan kita faham maksud mekanisme baru itu.


Pengguna juga perlu tahu harga petrol yang bakal naik itu tidak akan membebankan sesiapa. Adalah sedikit kenaikan harga barang keperluan, kenaikan harga pengangkutan awam dan barangkali kenaikan harga tol, tapi biasalah, kan semuanya naik akhir-akhir ni, mana ada benda yang turun? Hujan pun dah lama tak turun, ini kan lagi barang keperluan?


Dan satu lagi harga petrol yang bakal naik itu lebih rendah dari harga petrol di negara-negara lain yang di buminya tidak ada simpanan petrol seperti Singapura, Jepun, Korea, Sri Lanka, Fiji, Samoa, Gabon, Kongo, Rwanda dan lain-lain. Jadi bersyukurlah kerana harga petrol kita lebih rendah dari negara-negara yang tidak ada petrol dari buminya itu.

Tapi awas, jangan cuba buat bodoh pula dengan membandingkan harga petrol kita dengan harga petrol di negara pengeluar minyak seperti Iran, Brunei, Kuwait, UAE, Saudi Arabia, Venuezela dan lain-lain, itu tidak adil untuk Malaysia yang buminya tidak ada minyak dan Petronas pun tidak pernah wujud itu!!


Selamat meraikan kenaikan harga petrol. Belajarlah makan dua kali sehari saja mulai sekarang!!


~ pendikar gunung kriang

1 comment:

Anonymous said...

aku tak penah pangkah umno/bn untuk memerintah!!
Kenapa aku WAJIB bayar harga yg tinggi utk petrol???

Aku pangkah PR sebab janji mereka utk harga petrol yg rendah/adil...pasai apa aku kena bayar utk harga yg umno/bn tetapkan???

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.