Tuesday, February 23, 2010

Alhamdulillah, Lepas Petrol, Tarif Letrik Pula Nak Naik!!



Baru kelmarin, keluar berita harga petrol akan dinaikkan pada pertengahan bulan depan.

Dan hari ini, keluar lagi berita, tentunya satu lagi hadiah dari kerajaan BN untuk rakyat Malaysia: Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Chin Fah Kui mengesahkan, kementeriannya telah menghantar kertas cadangan kepada Unit Perancangan Ekonomi tentang semakan tarif elektrik.
 
"Sudah pasti akan ada sedikit peningkatan, tidak mungkin penurunan," katanya kepada para wartawan dalam majlis Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Tenaga Nasional Berhad.

Jika harga petrol naik, tarif letrik naik, malah jika kedua-duanya naik, tak dapat dielakkan lagi harga tol, harga keperluan harian, tambang pengangkutan etc, etc, etc, pasti naik. Tapi jika semuanya naik, rakyat Malaysia  jangan bimbang dan jangan marah. Apa nak bimbang apa nak marah, memang patut kerajaan naikkan semua apa yang patut naik, kerana kerajaan yang kita beri mandat untuk memerintah itu namanya pun kerajan Barang Naik (BN), padanlah muka kita yang mengundi menteri muka cok kodok tu!

Lagi pun apa nak marah, apa nak bimbang, tarif elektrik negara kita kan lebih rendah jika dibandingkan dengan tarif elektrik negara lain seperti UK, Amerika Syarikat, Jepun, Korea, Perancis, Jerman, Holland, Singapura, Hong Kong dan lain-lain negara maju yang pendapatan perkapita mereka berpuluh kali ganda dari Malaysia itu!

Jadi nikmatilah semua kenaikan tarif letrik, petrol, tol, barang keperluan dan serba mak nenek kenaikan lagi itu dengan tenang. Jangan berdukacita, nikmatilah segala kenaikan dengan senyuman. Ha...ha...ha...ha....


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.