Monday, February 8, 2010

Anwar Tiba Dalam Senyuman, Sayfool Menunggu Torpedo

Anwar telah tiba di Dewan Mahkamah bersama isteri dan dua anak perempuannya. Beberapa pemimpin pembangkang termasuk Chua Tian Chang, Chua Jui Meng, Syed Husin Ali dan Saifuddin Nasution Ismail juga kelihatan di Dewan Mahkamah.

Sayfool mungkin sedang berkumat-kamit menjampi sesuatu, menunggu torpedo yang akan dilepaskan oleh Karpal Singh dan pasukan pembelanya ketika sesi soal balas peguam nanti.

Dan kita jangan henti berdoa untuk kebenaran.

pendikar gunung kriang

2 comments:

mountdweller said...

Salam

Bukan Mahkamah Malaysia yang menentukan salah atau benar tetapi kita. Kita Rakyat Malaysia yang berotak dan rasional akan tentukan siapa benar dan siapa salah.

Yang menerima hukuman nanti tidak semestinya salah!

pendikar gunung kriang said...

mountdweller,

Apa yg sdr katakan itu betul - bukan mahkamah, tapi rakyatlah yang akan menentukan kebenaran. Baru-baru ini saya terbaca tentang kisah seorang lelaki kulit hitam di Amerika yang telah merengkok kira-kira 5 tahun di penjara atas satu kesalahan yang tidak pernah dilakukannya. Dan baru-baru ini dia dibebaskan selepas mahkamah menyedari hakim dan juri mahkamah terdahulu tersilap ketika membuat keputusan terhadap lelaki itu.

Yang Arif di mahkamah dunia boleh menjatuhkan sesuatu hukuman, tapi Yang Maha Berkuasa di mahkamah akhirat ayang lebih mengetahui segalanya. Waalahualam.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.