Wednesday, February 17, 2010

Bayangkan Jika Najib dan Rosmah Terjun Ke Laut!!



Hari ini beberapa portal berita dan blog dengan bangga bercerita tentang Presiden Pas, TG Haji Hadi dan beberapa ahli keluarganya yang terjun ke  laut menyelamatkan seorang lelaki yang sedang kelemasan. 

Tahniah TG, dalam usia emas pun masih mampu menggunakan  sisa fizikal untuk membantu menyelamatkan nyawa manusia. Pasti berita itu tidak akan menjadi berita dalam Berita Hairan, Utusan Meloya mau pun New Shit Times. Tidak juga pernah jadi berita dalam Berita Perdana TV3, RTM dan NTV7.

Cuma apabila membaca berita itu saya terbayangkan jika Presiden Umno, Tok Najib yang terjun ke laut menyelamatkan seseorang, apa reaksi media kita. Pasti pujian berguni-guni akan diterima PM 1Malaysia itu, bukan satu hari, malah berminggu-minggu berita itu akan diulang-ulang dalam TV, dalam radio, dalam akhbar. 

Cuma bila membayangkan Najib terjun laut, saya takut dia tidak timbul-timbul lagi. Maklumlah badannya itu bukan kecil dan dia juga bukan anak laut seperti TG Haji Hadi. Dan jika Najib terjun laut dan Rosmah juga ikut serta, alamak...tak boleh bayangkan apa yang akan jadi!!

Tapi jika nampak orang lemas, tak mungkin Najib terjun laut. Ke mana-mana Najib pergi dia sentiasa diekori puluhan pengawal keselamatan. Merekalah yang akan terjun ke laut, jika Najib yang mengarahkannya. Dan pengawal-pengawal ini juga pasti  tidak akan mengizinkan tuan besar mereka bersama 'mem' nya itu mencemar duli ke dalam laut.

~ pendikar gunung kriang

1 comment:

Isa said...

Laut pun tak kebuloq terima magkuk dua ekoq tu..., buat tercemar ayaq laut ja...

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.