Tuesday, February 2, 2010

Berita Mahkamah: Polis Gempur Wartawan Asing



Anwar di Mahkamah petang tadi

Dikemaskini 2.57 petang Sekitar jam 2.30 petang tadi, kelihatan Anwar Ibrahim disambut oleh lebih 100 wartawan tempatan dan antarabangsa di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, di sini.

Dianggarkan lebih seribu rakyat pelbagai bangsa dan lapisan usia mula membanjiri, sehingga Polis mula membuat kawalan di pintu masuk ke kandang perbicaraan.

Beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) seperti Ahli Parlimen Kuala Krai Dr. Mohd Hatta Ramli (PAS), Ahli Parlimen Ipoh Timur yang juga Penasihat DAP Lim Kit Siang, Senator Dr. Syed Husin Ali (PKR) antara yang terus hadir memberi sokongan kepada Anwar.

Sebelum itu, dilaporkan berlaku suatu kekasaran kecil oleh pihak Polis ke atas beberapa seorang wartawan asing yang mahu membuat liputan langsung ke atas kes Anwar di dalam komplek mahkamah. Manakala, semua juru gambar turut diarahkan tidak mengambil gambar Anwar di dalam lobi mahkamah kononnya demi menjaga keharmonian Mahkamah. 

(Sumber: instinctive-stage G3.0)

1 comment:

Pak Oncu said...

cartoon cartoon cartoon cartoon itu lah dia cartoon malaysia............ bangang n bingai!!!!!!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.