Monday, February 22, 2010

Bila Tentera Australia Buat Negara Ini Macam Negara Mak Bapa Mereka Dulu, Mengapa Umno Tak Bising?

Royal Australian Air Force di Butterwoth
 
Saya berasal dari Seberang Perai, Pulau Pinang. Masa saya kecil-kecil bapa dan kadang-kadang bapa saudara kerap membawa saya ke Tanjung, nama tempatan untuk Bandaraya Pulau Pinang. Pengalaman yang paling menyeronokkan ialah ketika naik feri. Setiap kali naik feri (sekarang pun), saya selalu akan berada di hadapan menikmati angin kencang dan desiran ombak yang kadang-kadang menampar muka dan meninggalkan rasa masin air laut di bibir.


Satu lagi yang seronok naik feri ketika zaman 70an itu ialah dapat berkenalan dengan awek-awek cun Mat Salih yang usianya sama dengan saya yang masih bersekolah rendah ketika itu, tetapi majoriti bertubuh bagai gadis 15 tahun. Cewek-cewek Mat salih yang putih melepak dan memakai mini skirt singkat bewarna putih  ini adalah merupakan anak-anak kepada anggota Royal Australian Air Force (RAAF) yang ketika itu berkhidmat di pengkalan udara RAAF di Butterworth. Berbekalkan sedikit pengetahuan Bahasa Inggeris, cewek-cewek dari Australia ini kebanyakannya mudah didekati dan begitu peramah.

Ketika itu, kalau naik feri sekitar jam 2 hingga 3 petang, separuh dari penumpangnya ialah Mat Salih dari RAAF Australia beserta anak-anak remaja mereka yang berulang alik dari rumah mereka di Pulau Pinang dan tempat kerja dan sekolah di Butterworth. Jika ke Pengkalan RAAF ketika itu, ia dipenuhi oleh puluhan kapal terbang pejuang milik Australia yang ketika itu membantu melindungi udara negara ini.

Ketika Australia membantu melindungi udara Malaysia di waktu itu, anggota-anggota tentera RAAF diberi layanan istimewa di negara ini. Mereka bukan saja ada pengkalan udara sendiri, tetapi sekolah dengan sistem pendidikan tersendiri. Ketika itu tidak pula timbul isu campur tangan Australia di negara ini, pada hal ketika itu negara sudah belasan tahun merdeka. Ketika itu memang terang-terang mereka mencampuri urusan negara ini, apa tidaknya Australia mempunyai pengkalan udara, peralatan tentera dan anggota yang semuanya dari Australia. Peliknya mengapa ketika itu, tiada yang marah apabila Australia teranga-terangan campurtangan urusan pertahanan negara ini? Adakah kerajaan tidak marah, Umno tidak marah, BN (ketika itu Perikatan) tidak marah, kerana mereka sendiri (Kerajaan) yang menjemput anggota tentera bersama peralatan dari Australia itu ke sini?

Sekarang apabila 50 MP dari Auatralia menegur sistem kehakiman kita, ramai yang melenting. Mereka cuma menegur dan mengkritik Malaysia seperti juga negara ini yang pernah mengkritik Serbia ketika krisis Bosnia dan Kosovo dan seperti kita mengkritik Rusia ketika pencerobohannya di Afghanistan dan lain-lain isu antarabangsa.

Ketika teringat cewek-cewek anak gadis anggota tentera udara Australia itu, tiba-tiba saya rasa hairan yang amat sangat.Bila puluhan tahun kerajaan  Malaysia membenarkan tentera udara Australia menggunakan kemudahan di negara ini, seperti negara mak bapa mereka sendiri, tiada suara Umno yang bertempik ia adalah campur tangan asing. Tapi apabila 50 MP Australia bersuara, Umno kata ia campur tangan asing, sedangkan mereka hanya bercakap di negara mereka bukan datang ke negara ini seperti tentera udara Australia di Butterworth dahulu.


~ pendikar gunung kriang

2 comments:

dulubaruaamnopp said...

aku sokong.......

sapien said...

Jangan lupa plak kalau masuk dalam quarters base RAAF ni kita boleh mandi kat swimming pool dia. Puuhhh. Ayaq biru tak terkata. Ada la plak pompuan melayu siap pakai bikini mandi sekali. Aku yang kecik lagi masa tu pun telioq.Parti minum-minum ni biasa la. Melayu tu.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.