Thursday, February 25, 2010

Bukan Saja Azmin, Ramai Lagi Yang Dipaksa Mengaku Diliwat Anwar!!


Naib Presiden PKR, Azmin Ali, dalam ceramah di Padang Majlis Daerah Machang malam tadi mendedahkan dirinya juga pernah diugut polis supaya mengaku pernah diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditahan pada 16 September 1998.

“Pegawai polis meminta saya menandatangani surat mengakui diliwat. Saya diugut akan ditahan di bawah ISA selama 20 tahun kalau tidak mahu menurut kehendak mereka,” kata Azmin.

Azmin,  Dr Munawar dan Sukma Dharmawan adalah antara mereka yang dipaksa mengaku diliwat Anwar dalam drama Liwat I  pada era reformasi  dahulu. Selain dari itu,  seorang pemandu limousin kulit hitam dari Amerika juga pernah disogok sejumlah wang oleh seorang pegawai Malaysia supaya mengaku dia diliwat oleh Anwar ketika Anwar berkunjung ke Amerika. Tetapi pemandu limousin itu, seperti Azmin Dr Munawar dan Sukma menolak membuat pengakuan diliwat yang jelas  semata-mata bagi mengaibkan bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

Sebab itulah bila drama Liwat II dipentaskan oleh Mahkamah baru-baru ini, ramai yang tidak percaya, sebab ia adalah sambungan drama Liwat I dengan plotnya yang hampir serupa.

Sebenarnya bukan saja Azmin,  Dr Munawar, Sukma Dharmawan dan lelaki pemandu limousin Amerika itu sahaja yang pernah dipaksa mengaku diliwat Anwar semasa era reformasi dahulu. Saya rasa senarainya lebih panjang, cuma tidak ramai yang ingin mengakuinya, mungkin atas sebab maruah. Antara yang pernah dipaksa mengaku diliwat ialah seorang anggota pangkat rendah di Kementerian Kewangan bernama Mr I (bukan nama sebenar).

Ketika era reformasi itu, saya bertugas di salah sebuah agensi kerajaan di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Satu hari, Mr I yang berbadan agak gempal dan berperwatakan lembut itu hilang selama beberapa hari. Beberapa hari kemudian dia muncul di kantin Kementerian Kewangan dan berkata dia ditahan polis kerana disyaki terlibat menyokong gerakan pro-Anwar yang baru dipecat ketika itu. Dia juga berkata polis menawarkan sejumlah wang kepadanya (saya sudah lupa jumlahnya) jika dia mengaku diliwat Anwar. Suatu hari kerana hilang sabar kerana asyik diminta membuat pengakuan palsu, dia melondehkan seluar dalamnya kepada polis dan memekik, "Apa...kau orang ingat aku tak da  k**e  ke sampai nak serah buntut kat orang!". Akhirnya Mr I dibebaskan tanpa mendapat pengakuan dia diliwat.

Saya tidak tahu sama ada Mr I ada menokok tambah untuk menyedapkan ceritanya. Tapi apabila Azmin berkata dia juga dipaksa mengaku diliwat, saya teringat kepada Mr I. Dan sampai sekarang, saya percaya dengan ceritanya.

Entah berapa ramai lagi yang dipaksa polis mengaku diliwat Anwar tapi tidak mendedahkannya, sebelum mereka menemui Azizan dan Sayfool?


~ pendikar gunung kriang

1 comment:

AzamDean said...

prompuan tu sapa..tunang dia ka?? bini dia ka???

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.