Sunday, February 21, 2010

Dan Pertunjukan Bogel Di Kota Baru Dibatalkan....



Bila saya terbaca cabaran Aduka Taruna dalam blognya siang tadi bahawa dia akan berbogel di KB Mall andai kata Kelantan berjaya menewaskan Kedah dalam saingan suku akhir bolasepak Piala FA malam ini, hati saya berkata: yakin  tahap gila orang ni, hingga sanggup berbogel jika pasukan negeri bininya menang! Orang yang sanggup berbogel untuk sesuatu taruhan, pastilah orang yang sangat yakin telahannya amat tepat!

Dan apabila Kelantan tersingkir ke peringkat suku akhir selepas seri 1-1 dengan Kedah dalam perlawanan di Kota Baru itu, bermakna Aduka Taruna tak perlu berbogel di KB Mall lagi. Allah bukan saja mentakdirkan pasukan Kedah yang tidak sekuat mana itu menang, tapi yang lebih penting Allah mentakdirkan Aduka Taruna tidak perlu memalukan dirinya dan menghina orang Islam di negeri Serambi Mekah. Bayangkan jika Kelantan menang sebentar tadi dan Aduka benar-benar menunaikan janjinya, esok 1Malaysia pasti akan gempar, 1,000 kali lebih gempar dari berita Aduka menghina Sultan Johor yang mangkat tempoh hari.

Syukurlah Kelantan kalah dan pertunjukan blogger bogel di Kota Baru terpaksa dibatalkan....

~ pendikar gunung kriang

2 comments:

MC_Shaharul said...

hidup lg aduka teruna nie yer..ingtkn dah kene jel..kuikuikui..aduka2 dah sronok bersuka ria blk ker...

Ibnu Rashid said...

salam...
mungkin kerna terunanya sudah hilang hingga AT sanggup pertaruhkan maruahnya....
Nau'zubillah...

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.