Monday, February 1, 2010

Demi Formula 1, Pegawai Kerajaan Cuma Dapat Ganjaran RM10,000!



Keadaan ekonomi negara yang kian meruncing tidak dapat disembunyikan lagi. Peruntukan pembangunan dan mengurus jabatan-jabatan kerajaan Persekutuan yang dipotong-potong dan dirincik-rincik halus menceritakan betapa nazaknya ekonomi negara ini. 

Pekeliling JPA terbaru bertarikh 25 Januari 2010 menguatkan lagi cerita keadaan ekonomi  kita yang kian teruk. Pekeliling itu menyatakan anggota perkhidmatan awam yang bersara secara pilihan hanya akan  dibayar 20 % sahaja daripada jumlah ganjaran yang mereka patut terima, atau maksimum RM10,000, mengikut mana yang lebih, ketika bersara pilihan mulai Februari 2010 dan selepasnya.

Ketika kegawatan ekonomi melanda Malaysia di akhir tahun 1990an dulu pun kerajaan masih mampu membayar 100% wang ganjaran, tetapi keadaan ekonomi yang terlalu teruk kini menyebabkan kerajaan cuma mampu membayar ganjaran sehingga 20% saja. 

Tapi mengapa ganjaran cuma dibayar 20%, bukan 50%, 70% atau 80%? Itulah gambaran keadaan ekonomi negara ini: tenat dan hampir nazak. 

Yang bangangnya, dalam keadaan ekonomi negara seperti ini pun, kita masih ada hati untuk mencurahkan peruntukan untuk banyak perkara yang tidak perlu, termasuk menggunakan peruntukan Petronas bagi menaja   pasukan Formula 1 GP Mercedes yang turut dianggotai pelumba tersohor dunia, Michael Schumacher.

Apa nak buat wahai pegawai kerajaan, sudah nasib kamu begitu. Negara boleh taja pasukan Formula 1 Mercedes dan Schumacher dengan nilai berjuta ringgit,  tapi bila menyentuh kebajikan anggota perkhidmatan awam, kerajaan boleh kata wang tak ada dan mereka cuma dapat dibayar maksimum RM10,000 sahaja. Nasiblah....


~ pendikar gunung kriang

3 comments:

Anonymous said...

Salam,

Tajaan Mercedes F1 Petronas team diuruskan oleh Petronas bukan kerajaan. Demi menjual nama di mata dunia dan untuk tujuan perniagaan PETRONAS menaja pasukan Merc selepas pasukan BMW menarik diri. Tiada penglibatan kerajaan langsung dalam taaan ini.

Anonymous said...

tapi 1MF1 tuu apa cerita pulak...

Anonymous said...

Salam ,sedih bila ada rakyat yang masih anggap Petronas tu macam syarikat swasta yang bukan wang dan hak rakyat Malaysia.
Mereka ingat Petronas buat bisnis sendiri dan kerjanya utk menaja F1 , membayar penyenggaraan Twin Tower dan PutraJaya dn bla-bla.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.