Tuesday, February 2, 2010

Dia Pengsan.....Keranamu Anwar

 /index.php/malaysia/51635-anwars-sodomy-ii-trial-starts-today-ll
KUALA LUMPUR: Keadaan di lobi Kompleks Mahkamah Persekutuan Jalan Duta, di sini hari ini kecoh seketika apabila seorang lelaki warga emas bertindak menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap petugas media kerana tidak dapat mengikuti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, lelaki dalam lingkungan lewat 70-an tersebut tidak dibenarkan memasuki mahkamah kerana pas untuk masuk telah kehabisan. Beliau kemudian melepaskan rasa geram kepada petugas media yang memenuhi ruang lobi tersebut sebelum pengsan lima minit selepas itu dan terpaksa dibawa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan ambulans.

Keadaan yang tenang seketika menjadi kecoh semula apabila polis bertindak menghalau keluar jurugambar dan jurukamera tv serta wartawan dari lobi mahkamah itu bagi mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut. Kekecohan itu turut diselangi teriakan 'reformasi' oleh para penyokong Anwar yang telah berkumpul di sekitar pekarangan mahkamah seawal pukul 6 pagi ini. Sejurus Anwar yang menghadapi tuduhan liwat keluar dari mahkamah kira-kira pukul 10 pagi, beliau sempat melontarkan kenyataan kepada penyokongnya bahawa perbicaraan kes beliau ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang ini.

Turut hadir di kompleks mahkamah itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

(Sumber: BERNAMA)

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.