Thursday, February 11, 2010

Dr Mahathir Ambil Pistol Tembak Mulut Sendiri

Bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad hari ini menggesa umat Islam di negara ini agar bertanggungjawab membersihkan imej Islam, jika tidak orang Islam akan terus mendapat nama yang buruk.

"Kita biasa dituduh sebagai agama pengganas, agama terroris bahkan ada yang menuduh Nabi Muhammad s.a.w sendiri adalah pemimpin terroris. Kita mendapat imej yang amat buruk sekarang ini sehingga mereka dituduh sebagai pengganas," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Perkim 2010/1431 ke-50 di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, malam ini.

"Tetapi untuk memberi gambaran (elok) amatlah perlu umat Islam sendiri mencerminkan budaya yang dianjurkan oleh Islam. Kadang-kadang kita dapati orang Islam sendiri bergerak melakukan tindakan-tindakan dan juga bercakap dengan cara yang memburukkan agama Islam," ujar beliau.

(Sumber: Bernama)
PGK:  Apa Dr Mahathir kata ada betulnya. Dr Mahathir kata orang Barat cakap Nabi Muhammad pemimpin terroris, itu memang betul. Orang Barat memang pernah cakap macam tu, walaupun bukan semua.

Dr Mahathir juga berkata orang Islam sendiri bercakap memburukkan  hal-hal yang agama Islam, itu juga betul.

Malangnya antara orang Islam yang memburukkan imej Islam itu adalah pemimpin-pemimpin di dunia Islam sendiri. Mereka berkelakuan dan bercakap tidak seperti pemimpin Islam. Mereka bercakap seolah-olah mereka adalah klon kepada pemimpin kuasa besar yang bukan Islam.

Dan yang lebih malang, Dr Mahathir sendiri adalah antara orang Islam yang pernah memburuk-burukkan Islam. Apabila dia menyindir cara berpakaian Nabi Muhammad, apabila dia mempersoalkan janggut Nabi, apabila dia mempersoalkan hukum poligami dalam Islam, maka secara langsung atau tidak langsung, Dr Mahathir telah memburukkan imej pesuruh Allah dan imej Islam itu sendiri. 

Malah apabila Dr Mahathir pernah menyindir hukum hudud dengan menyatakan batu-batu di jalan akan berkurang kerana habis digunakan untuk dilontar kepada penzina dan umat Islam akan rugi kerana ramai yang tangannya dipotong mengikut hukum hudud, Mahathir sebenarnya telah menghina hukum Allah. Sebab itulah bekas Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom pernah memberi amaran kepada Dr Mahathir: jaga-jaga bercakap, nanti akidah tergelincir!!

Dr Mahathir berkata, "Kadang-kadang kita dapati orang Islam sendiri bergerak melakukan tindakan-tindakan dan juga bercakap dengan cara yang memburukkan agama Islam,". Apa Dr Mahathir kata memang betul, kerana dia adalah salah seorang orang Islam yang memburukkan agama Islam itu.

Lain kali sebelum bercakap, Dr Mahathir perlu cermin-cerminkan dirinya dahulu. Nak tembak orang pun, tengoklah tempatnya dulu. Jangan acukan pistol ke mulut orang, tapi akhirnya terkena ke mulut celupar sendiri!

5 comments:

dino said...

Tak pe kot. Mungkin dia dah sesal dan tobat. Janganlah anggap orang jahat sentiasa jahat. Pintu tobat sentiasa terbuka, maka kita raikan pandangan TDM yang mungkin sudah berubah.
TDM adalah negarawan Malaysia. Banyak pahala dan banyak dosa. Biarlah Allah yang menentukan.
Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

omaq said...

melayu (mahathir) mudah lupa............

Mrkolumpo said...

bertaubat maybe..berubah???tak nampak progress macam berubah pun...kalau tak dah lama dia tarik telinga bik mama suh pakai tudung...suh isteri rosmah laksanakan huduh

saya said...

Kilang ARAK di Filipina!!!. TAUBAT hah hah

Anonymous said...

Allah panjangkan umur dia sebab nak tunjuk pada umum..yang dia secara tak sengaja mengaku kesalahan dia tu. Macam fadil nor mintak supaya orang tu panjang umur..supaya segala keburukan dia sendiri yang dedah tanpa paksa...

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.