Tuesday, February 16, 2010

Giler..Bung Mokhtar Nak Jadikan Parlimen Macam Disko!!



Gara-gara perangai Wakil Rakyat BN yang kata orang Kedah baloq liat untuk hadir dalam sidang Parlimen, masa depan Dewan Rakyat ditukar menjadi sarkis! Hanya kerana nyaris-nyaris gagal meluluskan Bajet 2010 akhir Disember lalu,  Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BBCBN) akan mengemukakan syor kepada Speaker Dewan Rakyat supaya sistem kuorum dimansuhkan.  Turut dicadangkan untuk dimansuhkan seperti dilaporkan dalam Malaysian Insider ialah sistem pengundian belah bahagi di Dewan Rakyat.

Disember lalu, Dewan Rakyat menyaksikan suasana cemas ketika membahaskan Bajet 2010 di peringkat jawatankuasa yang membabitkan Kementerian Dalam Negeri apabila ia diluluskan dengan perbezaan satu undi manakala bacaan kali ketiga cuma perbezaan tiga undi. Ketidakhadiran lebih 70 wakil rakyat BN termasuk sebahagiannya Menteri dan Timbalan Menteri menyebabkan bajet sulung Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri hampir-hampir gagal diluluskan.

“Kami di BBCBN sudah menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji perkara-perkara...(ini)... ia sedang dikaji oleh beberapa pengamal perundangan. Apabila selesai kajian, kami akan mengemukakan kepada Speaker Dewan Rakyat untuk pertimbangan,” kata Timbalan Pengerusi BBCBN Datuk Bung Moktar Radin.

Ketika ditanya sama ada praktikal untuk Dewan Rakyat bersidang tanpa sistem kuorum, Bung Mokhtar berkata pihaknya berpendapat bahawa ia boleh dilaksanakan.  "Walaupun dengan hanya seorang anggota, dia (seorang anggota Parlimen itu) masih boleh berbahas dengan dipengerusikan oleh Speaker. Jadi, kami merasakan tidak perlu sistem kuorum macam sekarang di negara kita... kita terima pakai cara kita. Begitu juga sistem undi belah bahagi ...” kata suami otai pelakon Zizie Ezzette itu.

Saya tidak pasti sama ada benar bahawa ada negara-negara lain di dunia ini di mana sistem Parlimen mereka membenarkan sidang dilangsungkan hanya dengan kehadiran seorang Ahli Parlimen dan seorang Speaker. Tanpa mengambil kira dunia monyet dalam hutan atau dunia UFO di planet Marikh atau Musytari, saya sangat was-was jika ada negara lain di bumi ini yang begitu gila babi hingga dengan kehadiran seorang Ahli Parlimen dan seorang Speaker,  Parlimen boleh bersidang dan sesuatu usul boleh diluluskan.

Jika apa yang dikatakan Bung Mokhtar itu menjadi kenyataan, bermakna selepas ini apa jua usul boleh dibawa dan dibincangkan di Parlimen hanya dengan kehadiran seorang Ahli Parlimen dan seorang Speaker. Memang mudah, sungguh mudah!! Jika hendak menyingkirkan Perdana Menteri juga sangat mudah, cukup dengan kehadiran seorang Ahli Parlimen dan Speaker yang tidak suka kepada Perdana Menteri, usul penyingkiran PM diluluskan dan esok pagi Perdana Menteri tidak perlu berada lagi di pejabatnya kerana telah disingkirkan oleh Parlimen yang hanya dihadiri oleh seorang Ahli Parlimen dan seorang Speaker!

Saya tidak yakin sistem lawak giler babi nombor wahid ini sesuai untuk Parlimen negara ini. Mungkin untuk Bung Mokhtar yang kaki disko itu memang ia praktikal. Di disko KK, KL atau Kuching cukup berdua sahaja antara  Bung Moktar dengan bini mudanya Zizie Ezzette, mereka boleh masuk disko terkinja-kinja  menari dan melalak sampai pagi. Tapi ini Dewan Rakyatlah Bung, ia bukan sarkis, ia bukan disko, mana pernah ada di dunia usul boleh diluluskan dengan kehadiran hanya dua  orang manusia saja? Idea gila babi!!!


http://pendikargunung.blogspot.com/


~ pendikar gunung kriang

2 comments:

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum.

Saya amat setuju dengan pandangan saudara ini!

Bicara Kedah said...

Aku juga sokong pandangan kamu...

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.