Tuesday, February 16, 2010

Hangpa Nak Kata Apa, Di Kelantan Pun Tiada Perarakan!!


Kelantan tidak akan menganjurkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul kali ini meskipun Umno dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat sebagai anti-Islam kerana didakwa merancang untuk membatalkan acara itu bulan ini.

“Kami tidak menganjurkan perarakan sebagaimana amalan sebelum ini.  Secara rasmi tiada perarakan yang ditaja oleh kerajaan negeri. Sebaliknya kami akan adakan syarahan agama di Stadium Sultan Muhammad IV pada 25 Feb dan disusuli dengan sembahyang khas,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Dalam kenyataannya, Timbalan Menteri Besar Kelantan menambah perarakan itu bukan satu kemestian.

“Umat Islam boleh memilih untuk mengadakan ataupun tidak. Tetapi apa yang penting ialah mereka berpegang teguh pada ajaran yang dibawa Nabi Muhammad,” kata Ahmad.
“Dan, ia juga tidak diamalkan ketika zaman Nabi,” katanya.

Semalam ketika bercakap kepada The Malaysian Insider, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan keikhlasan Umno yang didakwa sengaja mempolitikkan isu kononnya Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul sedangkan parti itu tidak pernah mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Kedah yang pernah terlepas beberapa kali sebelum Mac 2008.

“Bagaimanapun di Kedah, saya sudah periksa dengan Majlis Agama Negeri Kedah, di mana saya dimaklumkan perarakan Maulidur Rasul pernah dibatalkan semasa kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid. Mengapa perkara ini tidak ditimbulkan oleh Umno sebelum ini, mengapa perkara ini tidak dipersoalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi perdana menteri,” kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah.

(Petikan: Malaysian Insider)

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.