Thursday, February 4, 2010

Harakahdaily.net DiSerang Oleh Lanun Nak Mampos

















NONE

Memang sejak dua hari ini sukar sangat untuk mengakses harakahdaily.net, malaysiakini, star online dan beberapa media online alternatif yang lain. Ini semua gara-gara kehangatan perbicaraan kes liwat II Anwar Ibrahim. 

Berita terbaru dari harakahdaily menyatakan servernya telah telah diserang dan terpaksa ditutup. Harakahdaily mula tidak boleh diakses sekitar jam 1.30 tengahari tadi. Ia disebabkan oleh serangan di server farm pembekal menyebabkan pembekal terpaksa menutup server itu.

Bahagian teknikal harakahdaily pada mulanya mensasarkan 6.00 petang untuk kembali beroperasi. Tapi hingga kini, selepas setengah jam harakahdaily masih gagal beroperasi.

 Nampaknya puak-puak yang menguasai media fitnah arus perdana itu hanya ingin kita membaca dan percaya dengan berita putar belit mereka saja. Mereka mahu kita percaya dengan berita-berita kotor, hampas dan busuk seperti ini:





























Atau berita begini:

 

Saya mendoakan harakahdaily cepat pulih supaya kita berpeluang membuat penilaian sendiri apa yang sebenarnya berlaku di sekitar kita. Lanun yang menunggu masa untuk nak mampos itu akan tahu pembalasan yang bakal jadi lepas ini.

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.