Wednesday, February 10, 2010

Ini Berita Yang Sangat-Sangat-Sangat Najib Tak Suka Baca




Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mengesahkan bahawa Nasir Safar  (Pegawai Khas Najib yang meletak jawatan minggu lepas) berada di lokasi apabila anggota polis menahan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, demikian dakwa peguamnya, Americk Sidhu.

Sidhu, dalam e-mailnya kepada Suara Keadilan, berkata penyiasat persendirian yang dikenali sebagai Bala, mengenali pembantu khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abd Razak itu apabila melihat gambar Nasir di blog.

Kedua-dua Bala dan Sidhu kini tinggal di luar Malaysia kerana bimbang dikenakan tindakan.
 
Beberapa minit sebelum Altantuya dibawa ke kereta, Bala berkata “sebuah Proton Saga biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu melalui jalan itu secara perlahan. Tingkap pemandu tidak dinaikkan dan pemandu itu memandang ke arah kami.”

Bala tidak tahu siapa lelaki Melayu itu tetapi berjaya memberitahu polis mengenai raut wajah lelaki itu ketika disoal siasat. Menurut Sidhu, polis yang menyoalnya cuma memberitahu lelaki itu adalah jiran Abdul Razak.

Bagaimanapun, Bala mengecam pemandu Melayu yang berkereta biru itu sebagai Nasir apabila melihat wajahnya di Internet, kata Sidhu.

(Sumber: Malaysiakini

PGK: Ini adalah berita yang Najib tak suka baca! Jika maklumat yang disampaikan oleh Bala ini betul, memang sahlah pengeboman tidak berperi kemanusiaan terhadap Altantuya dilakukan dengan pengetahuan Pejabat Timbalan Perdana Menteri, di mana ketika itu Najib adalah Timbalan Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.