Thursday, February 18, 2010

Jabatan Agama - Hentikan Menyiksa Kartika!!


Pendedahan Menteri Dalam Negeri semalam bahawa tiga wanita yang melakukan kesalahan jenayah syariah telah menjalani hukuman sebat di Penjara Wanita Kajang pada 9 Februari lepas mengejutkan banyak pihak. Tiba-tiba ramai yang teringat  kepada kes bekas model, Kartika Sari Shukrnor yang banyak kali membuat rayuan agar hukumman sebat terhadapnya dilaksanakan, tapi ada pihak yang seperti sengaja melambat-lambatkan hukuman. 

Apa yang sebenarnya terjadi hingga hukuman sebat terhadap Kartika ditangguhkan? Ada yang kata Jabatan Agama Islam Pahang senagaja  melambat-lambatkan  hukuman kerana ada 'tangan-tangan ghaib' yang enggan ia dilaksanakan. Ada yang kata jika dilaksanakan di Pahang, ramai yang akan kena sebat, termasuk dari kalangan keluarga mereka di peringkat paling atas dan ia sangat memalukan. (Rahsia bocor kepada manusia memalukan, kepada Allah tak perlu rasa malu!!)

Apapun, sebenarnya Jabatan Agama Islam Pahang tiada lagi alasan untuk menangguhkan hukuman terhadap Kartika. Kasihanilah wanita itu, dia sudah lama menanti hukuman, kerana penantian adalah satu penyiksaaan. Apa lagi alasan untuk menangguhkan hukuman? Dulu ada orang KDN kata tiada anggota penjara yang terlatih untuk menyebat wanita, tapi hukuman tehadap tiga wanita pada 9 Februari itu membuktikan itu bukan alasannya.

Satu-satunya alasan yang orang akan kata ialah kerana masih ada campur tangan dari 'tangan-tangan ghaib' itu. Mungkin dalam hal ini 'tangan ghaib' pun tidak wujud, tapi selagi ia ditangguhkan, selagi itu isu ini akan terus disensasikan. Dan selagi tidak dihukum, selagi itu jiwa Kartika Sari akan terus tersiksa - penantian yang tiada penghujungnya.

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.