Sunday, February 7, 2010

Jika Gaji Tak Naik 50%, Memang Anda Susah Nak Mampos!!



Berapa gaji atau pendapatan anda telah naik dalam tempoh 4 bulan ini? Jika gaji anda naik di bawah 50% dalam tempoh 4 bulan ini, bermakna kewangan anda memang teruk benar. Tapi jika dalam tempoh 4 bulan ini, gaji atau pendapatan anda tidak naik langsung, itu bemakna kewangan anda bukan lagi teruk benar, tapi teruk nak mampos!

Mana tidaknya, kerana mengikut Persatuan Pengguna Pulau Pinang, tinjauan yang dibuatnya dalam tempoh 4 bulan ini mendapati  harga barangan telah naik antara 50% hingga 140%. Beberapa barangan yang mencatat kenaikan melampau termasuk kacang dal (RM4 jadi RM8), kacang hijau (RM3 jadi RM5) dan gula perang (RM2 jadi RM3). Selain itu, beberapa barangan lain seperti milo, susu pekat dan rempah ratus pula dijangka naik antara 5% hingga 10% dalam tempoh beberapa minggu akan datang.


Adoooi...sakit...sakit....semuanya naik. Yang turun, cuma hujan, itu pun jarang-jarang!!

~ pendikar gunung kriang

2 comments:

Tan Loo Ley said...

Lepas ni MARILAH KITA PAKAT RAMAI-RAMAI UNDI UMNO BANGANG SEMULA.

Mudah-mudahan kita cepat mampos, he he he he

Anonymous said...

orang berada baru berasa bahang kos kehidupan melambong tanpa noktah.yang tak pernah berada ada akan jadi melukut tepi gantang.golongan ini dengan perut mengaum kelaparan akan terpaksa tanpa redha menerima bn/umno pemegang kunci kantong gantang.sampai bilakah bn/umno ni nak mampos.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.