Monday, February 22, 2010

Jika Poket Tiada RM170,000, Jangan Dekati Cewek Indon!!


Jika ngak ada 500 juta, jangan dekati aku dong!

Wanita Indonesia kini berada dalam kelas tersendiri, boleh dikatakan super-mewah! Jika anda cuma orang biasa yang pendapatan bulanan bukan lima angka, jangan berangan-angan mahu mendekati cewek Indon, jangan, atau anda akan menyesal sepanjang hayat. Mana tidaknya, mengikut sumber berita Agensi, rakyat asing yang ingin berkahwin dengan wanita Indonesia dikehendaki membayar wang pendahuluan sebanyak 500 juta rupiah (RM170,000) - syarat baru diperkenalkan Kerajaan indonesia  untuk menjaga kebajikan wanitanya. Wang itu perlu dimasukkan ke akaun sebuah bank Islam tempatan sebagai jaminan nafkah kepada wanita terbabit sekiranya perkahwinan berkenaan berakhir dengan perceraian.

Syarat itu dikenakan bagi menangani kes wanita Indonesia yang dikatakan begitu ramai berkahwin dengan pria luar, terutamanya dari Asia Barat. Walau bagaimanapun syarat itu hanya dikenakan kepada wanita Indonesia yang ingin berkahwin dengan lelaki asing. Lelaki Indonesia yang ingin mengahwini wanita asing tidak dikenakan syarat yang serupa.

~ pendikar gunung kriang

1 comment:

Penumpang said...

Katanya wang 500 rupiah tu di bayar ke pada sebuah bank Islam di sana. Kalau bercerai dapat lah lah isteri dan anak2 (malah keluarga mereka) merayakan duit sebanyak itu. Jadi untuk cepat dapat duit, mungkin yang bijak akan buat pasal agar cepat bercerai dan jodoh tak panjang. Kalu suami ceraikan isteri Indonesianya, kerana isteri itu curang, macamana pulak. Apa jadi kalu, jodoh panjang sampai ke akhir hayat, siapa yang boleh tuntut duit tu... faedah dari simpanan tu macamana pulak?
Mahal betul cewek Indonesia ni... kalu Cowoknya kawin dengan orang luar, macamana pulak?

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.