Monday, February 15, 2010

Jika Rahim Thamby Chik Yang Langgar Pelajar Itu, Adakah Umno Akan Bantu Keluarganya?

Sekarang ada sedikit heboh fasal kisah seorang pelajar UiTM yang terlibat dalam satu kemalangan jalanraya, kononya dilanggar oleh kereta yang dipandu ADUN Sekinchan  dari DAP pada  7 Februari lepas. Saya sangat kesian dan simpati terhadap pelajar bernama Mohamad Bakri Mohd Bazli, 23, yang kini masih terlantar koma di Hospital Tengku Ampauan Rahimah. Yang menambah rasa kesian saya kerana pelajar itu digambarkan sebagai mangsa yang teraniaya, manakala ADUN DAP itu digambarkan sebagai orang yang bersalah tapi enggan mengaku kesalahannya. Ini yang membuat hati saya terbakar niii, mentang-mentanglah depa itu YB, boleh buat sesukia hati?

Kes YB, sama ada YB Parlimen atau YB ADUN lakukan kesalahan dan enggan mengakui kesalahannya bukan perkara baru dalam senario politik Malaysia. Pada 1988, pernah heboh 1Malaysia kisah seorang menteri Umno terlibat dalam pembunuhan seorang wanita Melayu bernama Mustakizah yang dikatakan sedang mengandung anak haram menteri itu. Pada 1993 pula, 1Melaka dan 1Malaysia heboh dengan kisah seorang Ketua Mentari dari Umno yang merogol gadis bawah umur. Dan pada 2004, 1Perlis dan 1Malaysia heboh pula dengan cerita pembunuhan seorang wanita bernama Norita Shamsudin yang dikatakan mempunyai hubungan intim dengan seorang Menteri Besar dari Umno. 

Itu antara cerita-cerita mengenai YB Ahli Parlimen dan YB ADUN yang dikatakan melakukan kesalahan, tapi mereka tak pernah mengaku bersalah dan polis juga seperti tidak nampak sesiapa bersalah. Dalam kes Norita, siapa sebenar yang melakukan pembunuhan sehingga sekarang masih menjadi rahsia bersama hilangnya kelibat seorang lelaki berbadan besar yang dikatakan mirip dengan seseorang tokoh yang sehingga kini masih popular dalam Umno. Dalam kes Mustakizah pula, kesnya tidak pernah dibicarakan kerana fail mungkin telah lama hilang. Yang paling menarik, kes rogol budak bawah umur oleh seorang Ketua Menteri dari Umno, Ketua Menteri itu terlepas dari hukuman manakala Lim Guan Eng yang cuba membela nasib budak Melayu itu kena penjara 18 bulan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Itu baru sebahagian kes. Belum lagi masuk kes pembunuhan Altantuya dan kes menteri raba punggung wanita dan macam-macam lagi kes yang kebanyakannya dipercayai melibatkan orang kuat Umno.

Lalu apabila Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata pihaknya akan memberi  bantuan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa kepada Mohamad Bakri, maka saya rasa bersyukur. Baiknya Umno semenjak dua menjak nieee!!


Tapi alangkah baiknya jika Umno juga baik budi terhadap keluarga Mustakizah,  keluarga gadis mangsa rogol bawah umur dari Melaka, keluarga Norita,  keluarga Altantuya dan lain-lain yang menjadi mangsa pemimpin-pemimpin yang dikaitkan dengan Umno. Dalam kes budak mangsa rogol bawah umur misalnya, nenek gadis itu banyak kali menemui pemimpin-pemimpin politik Umno mengadu nasib cucunya, tapi tiada yang peduli!! Janganlah kerana dalam kes Mohamad Bakri yang nampak jahat ialah ADUN DAP, maka Umno ambil berat, tetapi apabila yang nampak jahat ialah menteri, Ahli Parlimen dan ADUN Umno, maka Umno lepas tangan dan enggan membantu.


Sekadar hendak bertanya: Jika Rahim Thamby Chik yang langgar Mohamad Bakri, adakah Umno akan membantu keluarga pelajar itu?


~ pendikar gunung kriang

2 comments:

baginda® said...

kakakah.. kes letup mak orang pun membisu je.. pembunuh masih berlegar-legar dekat malaysia nih.. hahah apa bezanya dengan mereka?

Anonymous said...

macam bangang je blog ni.

moon.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.