Sunday, February 14, 2010

Kami Tak Halalkan Elaun Wakil Rakyat Katak Puru Tak Tau Malu!!

Baru kurang lebih dua jam tadi saya posting satu artikel dalam blog ini bertajuk 'Lima MP PKR Nak Blah...Blahlah!!' Dan sebentar tadi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana ahli PKR yang hendak keluar parti itu,  mereka dipersilakan keluar! Ini kerana katanya organisasi adalah lebih penting dari individu.

Saya setuju dengan MB Selangor, sapa-sapa yang tidak selesa lagi dengan PKR, dipersilakan keluar. Cuma jika kamu itu MP atau ADUN yang masih ada rasa hormat pada diri sendiri dan pengundi yang memilih kamu, selepas keluar parti letaklah jawatan sebagai Wakil Rakyat. Ini kerana dalam PRU-12 dulu, kami pengundi bukan pilih PKR kerana siapa kamu tapi yang lebih penting kerana kami percaya dengan idealisme parti kamu. Tapi jika kamu jenis manusia haprak yang muka tak tau malu, muka katak puru yang tak ada maruah, teruslah bertenggek dalam jawatan MP atau ADUN itu. Makanlah puas-puas elaun wakil rakyat yang kami pengundi tak akan halalkan kerana kami dulu pilih parti PKR  bukan parti bebas, bukan parti BN. 

Baca selanjutnya  komen  Menteri Besar Selangor mengenai wakil rakyat PKR yang akan meninggalkan parti itu dalam Malaysian Insider: 

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mencabar ahli-ahli PKR yang kecewa agar meninggalkan parti sambil menegaskan organisasi adalah lebih penting berbanding mana-mana individu.

Pengerusi PKR Selangor itu melahirkan pendirian tegasnya di sebalik spekulasi akan ada lagi Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bakal mengikut langkah wakil rakyat Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim, yang memutuskan untuk bertindak sebagai anggota Dewan Rakyat bebas.

“Bagi saya keputusan sama ada mahu berada bersama PKR atau tidak terserah kepada individu terbabit. Kami ini sebuah parti reformasi bermakna kami bersatu demi satu matlamat perjuangan,” kata beliau ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur hari ini.

Kata beliau, kemungkinan mereka merasakan tidak boleh memenuhi kehendak masing-masing dengan kekal bersama PKR.

“Jadi lebih baik mereka tinggalkan (PKR sekarang),” katanya lagi.
Khalid berkata demikian ketika mengulas laporan The Malaysian Insider hari ini bahawa lima lagi Ahli Parlimen PKR disebut-sebut bakal keluar parti itu - sebahagian daripada tindakan wakil rakyat yang dikatakan kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat khususnya parti itu.

2 comments:

ybz4140 said...

Saya teramat bersetuju dengan saranan MB Selangor supaya mereka yang berhasrat untuk meninggalkan PKR sila berambus dengan secepat mungkin, selagi bedebah-bedebah lahanat tu berada dalam PR, saya rasa rakyat akan kurang keyakinan dengan kepimpinan PR khususnya PKR, lagi cepat lahanat-lahanat tu berambus atau mampus, lagi bagus

Anonymous said...

habis 16 september apa cerita....
dulu Anu War Al Juburi beriya2 sangat suruh org lompat party...
kl betul la MP BN lompat party masa tu adakah ulat gonggok ni semua nk suruh MP tu letak jawatan dan ada kan pilihanraya semula....

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.