Wednesday, February 17, 2010

Keputusan Mahkamah Rayuan Kes Anwar Masih Mengikut Skrip, Tahniah!!



PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal dalam permohonannya untuk membatalkan pertuduhan kes liwat terhadap beliau apabila Mahkamah Rayuan menolaknya sebentar tadi.

Mahkamah Rayuan mendapati bahawa pertuduhan itu adalah lengkap, tidak berniat jahat dan bukan satu penyahgunaan proses mahkamah.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin yang bersidang bersama-sama dengan hakim Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar @ Izhar Ma'ah. 

(Sumber: BHairan Online)


PGK: Keputusan Mahkamah Rayuan ini memang seperti diramalkan. Perjalanan kes Anwar setakat ini memuaskan hati semua orang, termasuk Hakim pastinya, kerana segalanya adalah mengikut plot yang telah dirancang, segalanya mengikut skrip yang diarahkan Sang Sutradara yang bersemayam di Putrajaya. So far so good, even very very very gooood!!

Biar berapa ramai pun yang pergi untuk menyokong Anwar dan biar berapa banyak negara yang meminta perbicaraan dilakukan secara adil  ia tidak akan  dapat mengubah jalan cerita yang pasti akan berakhir dengan kelibat Anwar mengangkat tangan kepada penyokong-penyokongnya sebelum di hantar ke penjara.

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.