Friday, February 19, 2010

Kesian Najib, Pertandingan Surat Kepada PM Tiada Sambutan

Bernama melaporkan Pertandingan Menulis Surat kepada Perdana Menteri yang sepatutnya berakhir hari ini dilanjutkan kepada 19 Mac ini.

Ada dua sebab mengapa pertandingan itu dilanjutkan. Sebab rasmi seperti yang dilaporkan Bernama ialah kerana bagi memberi lebih banyak peluang kepada orang ramai yang ingin menyertainya.

"Kami masih dapat maklum balas yang menyatakan banyak lagi surat-surat yang belum diserahkan kepada Pos Malaysia, jadi dengan rayuan-rayuan begini eloklah untuk kami lanjutkan tarikh tutup pertandingan" kata Ketua Pos Malaysia selaku Urusetia pertandingan berkenaan.

Sebab kedua, mengikut sumber daripada rakan saya di Jabatan Pendidikan Negeri ialah kurang sambutan daripada murid-murid yang menjadi kumpulan sasar peserta pertandingan itu. Di sesetengah sekolah bukan saja kurang sambutan tapi tiada sambutan langsung!!

Kesian pembodek-pembodek PM, banyak usaha telah dilakukan untuk memberi penjenamaan semula kepada Najib agar dia kelihatan lebih baik dari sebelumnya. Tapi ramai yang masih nampak Najib masih seperti Najib atau lebih teruk dari dahulu.

~ pendikar gunung kriang

2 comments:

selangorian said...

saya rasalah nak kena naikkan hadiah la,takat laptop tu lani ramai org dah ada tak kebuluq,apa kata naikkan hadiah,contohnya hadiah no 1 dpt 1juta pasni tak menang tgn nak layan,takyah susah2 cari sponsor boleh minta ngan SPRM atau mat ezam pun boleh mintak.

Ahmad Putra said...

takder orang nak masuk..tu je sbb nak lanjutnya..ataupun, dari semua penyertaan, tiada yang layak menang sebab semua surat dok kutuk PM..He3

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.