Tuesday, February 2, 2010

Kucing Dapat Mengesan Kedatangan Malaikat Maut?



Relaks dari berita dan komen mengenai politik sekejap....
Ini satu berita mengenai kehidupan....dan juga kematian:

Seorang saintis dari Universiti Brown, Providence, Amerika Syarikat bernama Dr David Dossa mengesahkan kehebatan kucing meramalkan kematian. Dr David yang bercakap kepada Associated Press memberitahu kucing bernama Oscar yang dapat meramalkan kematian pesakit yang dirawatnya dengan membuat aksi mengerekot di sisi pesakit pada detik-detik terakhir sebelum kematian mereka. 

Beliau yang pada mulanya tidak percaya dengan aduan  kakitangan rumah penjagaan Steere tempat di mana Oscar tinggal telah membuat kajian bersama rakan-rakannya dan mendapati 50 ramalan kematian yang dibuat oleh kucing itu dalam tempoh lima tahun sangat tepat. Oscar didapati sering menghidu pesakit dan akan menghabiskan banyak masa bersama pesakit-pesakit yang akan meninggal dunia. Jika diletakkan di luar bilik pesakit yang akan meninggal dunia, kucing jantan tersebut akan mencakar pintu dunding dan cuba untuk memasuki bilik pesakit seolah-olah ingin memberitahu  detik kematian mereka semakin hampir.

Ketepatan kucing tersebut meramalkan kematian menyebabkan kakitangan rumah penjagaan Steere akan menghubungi anggota-anggota keluarga si-pesakit meminta mereka segera datang jika mendapat petunjuk dari Oscar kematian sedang menghampiri pesakit mereka.

Anda ada memelihara kucing di rumah? Awas, jika pintu bilik anda dicakar kucing!!!

~ pendikar gunung kriang

1 comment:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.