Sunday, February 21, 2010

Md Isa Sabu Merapu Macam Penagih Shabu

Ketika merasmikan program Juara Rakyat peringkat Parlimen Kangar di sini hari ini, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata Umno sejak dulu  membantu semua golongan rakyat yang memerlukan tanpa sebarang prejudis selaras dengan perjuangan parti itu.



"Umno sejak dahulu lagi tidak pernah meminggirkan golongan yang menderita akibat kemiskinan dan mereka akan dibantu. Kemiskinan tidak memilih parti," katanya seperti yang dipetik oleh Bernama.

Inilah kenyataan yang paling kelakar  dari mulut seorang Menteri Besar pada hari ini. Esok pasti ada lagi kenyataan kelakar dan bodoh dari pemimpin-pemimpin lain, tapi untuk hari ini kenyataan Md Isa Sabu itu yang paling lawak! Umno membantu semua pihak tanpa prejudis? Umno tidak pernah meminggirkan golongan yang menderita? Kemiskinan tidak memilih parti?

Semua orang tahu kenyataan Md Isa itu cuma untuk penyedap mulut. Di Perlis, bukan saja orang Pas dan PKR yang susah hendak cari makan, tapi orang Umno penyokong Bekas MB Shahidan Kasim juga susah nak cari makan. Itu bukan saya yang kata, Shahidan yang kata. Satu parti pun depa lanyak, apa lagi parti yang bukan cap dacing, lagilah kena lanyak dan lenyek. 

Betul Md Isa Sabu kata kemiskinan tidak kenal parti. Orang Umno juga ada yang miskin seperti orang Pas dan PKR. Tapi yang jadi masalah bukan kemiskinan tidak kenal parti tapi parti yang tidak kenal kemiskinan. Parti Umno hanya kenal kemiskinan orang Umno, ia tidak kenal kemiskinan orang bukan Umno, apa lagi orang Pas dan PKR. Orang Umno ditolong serta merta, orang bukan Umno sudah hampir nazak pun macam tak nampak. Tapi apa nak buat, Jawatankuasa Kuda Kayu (JKKK) Umno yang punya, depa cuma nampak orang kampung yang rapat dengan Pengerusi, Setiausaha dan AJK saja.

Alahai, kalau nak cerita pasal prejudis Umno terhadap orang bukan Umno ni 1,001 hari pun tidak habisnya. Cukuplah jika Md Isa Sabu cakap macam orang cerdik sikit. Md Isa Sabu bukan calang-calang orang, dia ada Ph D, bukan macam sebahagian Exconya, SPM pun cuma cukup-cukup makan saja. Oleh itu, Md Isa Sabu janganlah cakap merapu macam penagih shabu, nanti orang gelak ha ha..hu..hu...

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.