Monday, February 8, 2010

Memang Sah Guan Eng Menindas Kontraktor Melayu!



Bagi mempertahankan dasar ekonominya yang dikatakan menganaktirikan kontraktor Melayu, Ketua Menteri Pulau Pinang,  Lim Guan Eng mengeluarkan perangkaan mengenai bilangan kontraktor Melayu yang dianugerahkan projek oleh Kerajaan Negeri. Beliau berkata daripada 66 projek Kerajaan Negeri dalam tempoh dua tahun lepas, 44 daripadanya bernilai RM68 juta diberikan kepada kontraktor Melayu. Ini bermakna 66% daripada keseluruhan projek di Pulau Pinang diberikan kepada orang Melayu, mengikut sistem tender terbuka.


Lim juga berkata sebanyak 70% daripada keseluruhan projek oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) juga diberikan kepada kontraktor Melayu.

Perangkaan pemberian tender inilah yang dikatakan tidak adil oleh puak pro-Umno? Memang tidak adil, memang tidak adil!! Bayangkan jumlah penduduk Melayu/Bumiputra di Pulau Pinang ialah sebanyak 41.2%, tapi mereka diberi kontrak bernilai 66% -70% daripada keseluruhan projek! Sepatutnya disebabkan cuma 41.2% sahaja daripada penduduk Pulau Pinang itu Melayu, nilai kontrak yang patut diberi kepada mereka juga hanya sekitar 40% hingga 45% sahaja, iaitu sama dengan peratusan jumlah Melayu di Pulau Pinang dan bukannya 66%-70%. Pemberian kontrak hingga 66%-70% adalah keterlaluan, ia sudah lebih dan sudah lebih itulah yang membangkitkan kemarahan NGO-NGO pro-Umno dalam demonstrasi tempoh hari.

Nampak sangat Guan Eng menindas kontraktor Melayu, beri projek tanpa meneliti  fakta bahawa Melayu adalah minoriti di Pulau Pinang dan justru tidak berhak mendapat lebih dari yang sepatutnya. Lepas ini Guan Eng perlu menilai kembali dasar pemberian tender Kerajaan Negeri. Jangan memberi terlalu banyak projek kepada orang Melayu, kerana ia pasti membangkitkan kemarahan Umno!!

~ pendikar gunung kriang

1 comment:

Amuraria said...

BARUA-BARUA PENGKHIANAT BALACI UMNO PI SERBU KOMTAR MACAM BUTA PERUT ATAU SAJA BUAT BUTA PERUT & HATI JUGA OTAK ! DAH LEBIH 50 TAHUN UMNO-BN PEGANG PENANG HABIS MELAYU LARI PASAL UMNO KHIANAT BUAT PROJEK MAHAI-MAHAI UNTUK TEMBOLOK & KRONI TAPI YANG MELAYU TAK MAMPU ,JADI DOK LA KAT 'SARANG BURUNG MERPATI' IAITU RUMAH PANGSA ! TAPI YANG NI BARUA-BARUA UMNO TAK NAMPAK HANYA NAMPAK KERAJAAN PR SAJA YANG BARU PERINTAH PASAL TELUS & ADIL TAK RASUAH MACAM PEMIMPIN UMNO PENANG ! UMNO PARTI DAJAL PEROSAK MAKHLUK, NEGARA & ISLAM ! PERGI JAHANAM UMNO !

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.