Wednesday, February 10, 2010

Amaran Kpd Pegawai Kerajaan: Jom Jilat Punggung Amerika Sampai Licin!!



Malaysia akan melantik duta baru sebagai wakil tetapnya ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Vienna selepas kontrak duta sekarang, Datuk Mohamad Arshad Hussain, tamat bulan depan. Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay berkata bagaimanapun, keputusan untuk tidak menyambung kontrak dua tahun Mohamad Arshad tidak ada kaitan dengan undi yang dibuat duta itu pada mesyuarat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di ibu negara Austria itu pada 27 Nov tahun lepas. Mohd Arshad, 58, yang telah berkhidmat sebagai diplomat selama 35 tahun, juga pada masa yang sama adalah duta Malaysia ke Austria.

Pada awal Disember, Kementerian Luar memanggil balik Mohamad Arshad, yang merupakan pengerusi lembaga gabenor IAEA yang dilantik, bagi perbincangan selepas undi Malaysia pada mesyuarat IAEA bercanggah dengan prosedur kerajaan. Pada mesyuarat itu, Malaysia bersama-sama dengan Cuba dan Venezuela, telah mengundi tidak menyokong resolusi menuntut Iran membekukan program penguraian uranium. Daripada 35 anggota lembaga gabenor IAEA, 25 negara mengundi menyokong resolusi itu, enam negara tidak mengundi, tiga mengundi tidak menyokong dan satu tidak hadir.  

(Sumber: Bernama)

PGK: Datuk Mohamad Arshad  baru berusia 58 tahun - usia persaraan wajib. Jika beliau dapat menunjukkan kerjasama dengan Pak Menteri, jawatannya boleh dilanjutkan kerajaan dengan ditawarkan kontrak baru. Ia bukan perkara baru dalam perkhidmtan awam Malaysia, jawatan tertinggi ditawarkan sambungan kontrak selepas bersara pada usia 58. Musa Hassan, Ahmad Said (SPRM - sekarang sudah bersara), semuanya disambungkan kontrak selepas usia persaraan wajib. Ramai KSU-KSU di peringkat Kementerian juga disambungkan kontrak selepas bersara wajib pada usia 58.

Tetapi Datuk Mohamad Arshad tidak disambungkan kontrak. Dia melakukan kesilapan yang sangat besar kerana enggan mengundi menyokong resolusi Amerika. Dia dihukum kerana enggan menjilat punggung Amerika dan Zionis yang menjadi idola kerajaan 1Malaysia.

Kepada Datuk Arshad, syabas kerana membuat keputusan yang berani enggan menjilat punggung Amerika.

Apa yang berlaku kepada Datuk Arshad pasti akan dijadikan pengajaran oleh pegawai Kementerian Luar yang lain: sila jilat punggung Amerika sampai licin jika mahu kekal dalam jawatan anda!

1 comment:

Tan Loo Ley said...

Tahniah Datuk Arshad...mudah-mudahan Allah murahkan rezeki yang berlimpah-limpah biarpun berhenti daripada sebarang jawatan dalam kerajaan.Insyallah....anugerah rezeki dari Allah berlimpah ruah daripada "habuan manusia"...SELAMAT BERSARA DAN MUDAH-MUDAHAN ALLAH MENGURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.