Tuesday, February 2, 2010

India Pengemis, Cina Pelacur - 1Malaysia Bengang















Nasir kata depa ni pengemis dan jalang!


Apa kenyataan sebenar Pegawai Khas Kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar sehingga dia terpaksa meletakkan jawatannya?  Kononnya dia membuat  kenyataan berbaur perkauman ketika berucap dalam  seminar '1Malaysia' di Melaka hari ini, menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Menurut sumber, Nasir telah menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai "pendatang".

Tapi Malaysian Insider melaporkan sebentar tadi, Nasir bukan saja melabelkan kaum Cina dan India sebagai "pendatang", tapi dia mengeluarkan kenyatan yang lebih teruk dari itu! Mengikut Malaysian Insider, Nasir  mengeluarkan kenyataan "orang India datang ke Malaysia sebagai peminta sedekah dan orang Cina terutama wanita datang ke sini untuk menjual tubuh mereka!" ("Indians came to Malaysia as beggars and Chinese especially the women came to sell their bodies”).

Alamak teruknya Nasir! Kalau dia ucapkan perkataan itu dalam rumahnya sendiri dan cuma didengari oleh anak isterinya satu hal, tapi ini ucapan dibuat di depan umum yang didengari oleh ramai orang dari pelbagai kaum.  Nak mampos betul Datuk ni, apa dia ingat kerana dia orang kuat PM boleh kata orang sesuka hati?

Mungkin Nasir ni rasa dirinya hebat kerana dia orang kanan PM. Jadi dia hendak tunjuk dia lebih hebat dari tokoh rasis lain, termasuk Datuk Ahmad Ismail, Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera yang pernah menggelar kaum India dan Cina sebagai pendatang. Cuma dalam keceluparan Ahmad, dia tidak memanggil kaum lain sebagai pengemis dan jalang, tetapi Nasir melakukannya kerana dia mungkin rasa lebih hebat dari Ahmad.

Nasir adalah Pegawai Khas Najib. Walaupun Pejabat Perdana Menteri boleh kata ia adalah kenyataan peribadi Nasir, tapi orang tetap akan nampak kenyataan biadabnya itu adalah kenyataan rasmi Pejabat Perdana Menteri.


~ pendikar gunung kriang

1 comment:

Anonymous said...

Tu baru tempias kesan dari doa TG. Lupa diri la tu, dia dah tak sedar apa yang nak diucapkan. Bagus, terima kasih.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.