Wednesday, February 24, 2010

Apa Aku Peduli Jika Ekonomi Berkembang 4.5% Atau 100.5% Jika Hidup Tak Berubah?



Pencapaian ekonomi Malaysia yang mencatat pertumbuhan sebanyak 4.5% bagi suku keempat tahun lepas merupakan di luar jangkaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Pencapaian ekonomi di luar jangkaan? 4.5%?

Peduli apa saya dengan luar jangkaan atau dalam jangkaan? Peduli apa saya 4.5%, 5.5%, 20.5% atau 105.5%? Indikator saya tentang ekonomi negara bukan berdasarkan angka sekian-sekian peratus yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), tetapi berdasarkan apa yang rakyat sedang rasa kini. Apakah yang rakyat rasa tentang ekonomi kita, benarkah ia telah beransur pulih, beransur pulih secara luar biasa pula tu?

Saya tidak rasa ada pemulihan ekonomi, di luar jangkan lagilah tidak rasa. Saya juga tidak rasa keadaan menjadi lebih baik dari dulu. Dulu bawa duit pergi pasar RM200, masih ada sedikit baki untuk anak beli ais krim, kini RM200 sudah tak cukup untuk beli barangan pasar. Jadi pemulihan apa, pencapaian di luar jangkaan apa?

Pergi tanya peniaga, jawapan mereka sama: ekonomi  negara makin teruk, nilai wang makin merosot, hidup makin susah. Peniaga Cina yang dulu tutup kedai kerana cuti Tahun Baru selama empat hingga tujuh hari, kini kerana kesempitan ekonomi terpaksa buka kedai di hari kedua raya. Jadi pemulihan apa, pencapaian di luar jangkaan apa?


Pergi tanya orang kampung, bagaimana kehidupan mereka, ada bertambah baik ka? Silap-silap tanya orang kampung yang panas baran tu, penampar naik muka, kerana ingat kita perli mereka. Sudahlah realitinya hidup mereka makin susah, harga barang keperrluan tidak turun-turun, kita pula sampai hati buat-buat bingung bertanya: "kehidupan bertambah baik ka Pak Cik?"

Jadi saya tak peduli tentang angka-angka yang dicipta oleh pegawai EPU dari atas meja mereka itu. Saya tak percaya dengan petunjuk berdasarkan angka, saya lebih yakin kepada petunjuk berdasarkan pengalaman orang di sekitar kita sendiri. Jika peniaga, pemborong, pemandu teksi, nelayan, petani dan lain-lain golongan rakyat kata ekonomi semakin baik, saya percaya dengan petunjuk ekonomi yang mereka sampaikan. Tapi jika yang berkata ekonomi negara pulih itu menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri yang yang tidak pernah rasa susah kerana kereta, rumah, bil letrik, bil air, bil telefon, orang gaji, pemandu dan sebagainya ditanggung oleh kerajaan; saya tidak percaya. 

Menteri-menteri nak percaya dengan angka yang dicipta oleh pegawai mereka, depa punya pasallah. Saya tidak percaya kepada petunjuk berdasarkan angka, kerana saya lebih percaya kepada apa yang orang sekitar saya rasa.



~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.