Wednesday, February 24, 2010

Pengunjung Kopitiam Dilarang Membaca Berita Ini



Ini berita yang tak sedap dengar nie! Ia berita mengenai kopitiam. Kopitiam berasal dari perkataan Hokkien, bermakna kedai kopi. Tapi kopitiam di negara ini bukan lagi nampak seperti kedai kopi Cina, ia kedai kopi yang dikunjungi oleh pelbagai kaum.

Hampir setiap hari Jumaat atau Sabtu, saya bersama isteri dan anak sering bersarapan di Kopitiam Jalan Teluk Wanjah, sebelum ke Pasar Besar Alor Setar untuk membeli bekalan dapur selama seminggu. Boleh dikatakan 95% pengunjung kopitiam di Jalan Teluk Wanjah itu ialah orang Melayu. Peniaga makanan juga semuanya Melayu. Yang tidak Melayu ialah taukeh kopitiam yang juga menjual minuman sejuk dan panas yang pelayannya  semua Melayu. 

Selama makan dan minum di kopitiam, saya tidak pernah meragui kehalalan makanan dan minuman yang disediakan kerana ia disediakan oleh orang Melayu sendiri.

Tapi berita dalam Kosmo hari ini agak mengejutkan saya: daripada beratus-ratus kopitiam yang broperasi di negara ini, rupanya hanya dua yang diiktiraf halal oleh Jakim! Kopitiam yang ada sijil halal itu ialah Pak Hailam Kopitiam yang mempunyai beberapa cawangan di seluruh negara dan Jonker Walk Kopitiam di Melaka. Selebihnya walla hu alam. Seperti kata Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, Amri Abdullah, rata-rata kopitiam menggunakan sijil dan logo  halal palsu yang dikeluarkan oleh pihak swasta yang tidak diiktiraf oleh Jakim.

"Ada pengusaha yang guna arak atau wain dalam masakan untuk tambahan rasa, ada juga yang menjuall arak di premis, sedangkan masing-masing meletkkan tanda halal," katanya.

~ pendikar gunung kriang

1 comment:

Pak Oncu said...

dah tu JAKIM kenapa lak berdiam diri,,,,,,,,,, jgn lah jadi kayu n batu !!!!!!!!! kalau setakat makan gaji buta then lebih baik ekau semua berhenti kojo.....

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.