Monday, February 1, 2010

PKR Jangan Buat Lawak, Kami Dah Tak Larat Nganga!


Satu...dua....tiga....lekup! Eh, macam cerita Sang Kancil dengan buaya pula PKR nie!

Wauw...hebat PKR, satu minggu tiga orang kuatnya dirujuk ke Lembaga Disiplin. Yang kena dua Ahli Parlimen dan seorang bekas ahli Parlimen. Yang kena dua orang Datuk dan seorang yang berharap untuk dapat Datuk.  Mula-mula Zulkifli Nordin yang kena, kemudian Datuk Seri Zahrain Hashim  dan Datuk Zaid Ibrahim.

Harap-harap PKR serius dalam mengambil tindakan ni. Jangan pula cuma hangat-hangat tahi burung, nanti orang kata hanpa parti pembohong. Hukuman juga kalau dikenakan mesti adil dan tak berat sebelah. Jangan buat hukuman lawak, nanti orang tak menang nak gelak.

Rakyat sedang memerhatikan PKR, seperti mereka perhatikan hukuman terhadap Khalid Samad dan Hassan Ali. Rakyat dah puas gelak tengok hukuman lawak dalam Umno. Dua tiga hari lepas mereka gelak sakan kepada Pas pula gara-gara hukuman yang juga nampak lawak.

Kini rakyat nak lihat sama ada mereka berpeluang gelak besar kepada PKR pula. Harap-harap jangan buat lawak lagi seperti Umno dan Pas, mulut kami dah tak larat nganga!

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.