Thursday, February 18, 2010

Rindunya Aku Nak Dengar Suara Muhyidin, Pak Lah & KJ!!


Perlis, Johor dan Pahang - tiga negeri yang sejak dahulu diperintah oleh BN hari ini mengumumkan negeri-negeri tersebut juga tidak akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini. Perarakan Maulidur Rasul telah menjadi satu isu besar apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP dikatakan tidak akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini hingga menimbulkan banyak komen pedas dari beberapa orang kuat Umno termasuk Tun Pak Lah, Muhyidin Yasin dan Khairy Jamaludin (KJ).

Semasa membuat komen itu mereka lupa Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika diperintah BN pada tahun 2003, 2004 dan 2005 juga tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul. Saya sendiri pernah berkhidmat di Perlis selama beberapa tahun dan seingat saya tidak pernah perarakan Maulidur Rasul diadakan di negeri itu. Perarakan tidak diadakan di Perlis kerana ia dikatakan amalan bidaah dan ia digantikan dengan majlis wacana ilmu yang lazimnya diadakan di Dewan Wawasan, Kangar.

Nah, apa lagi yang jaguh-jaguh Umno nak perkatakan lepas ni apabila negeri-negeri di bawah BN juga tidak mengadakan perarakan? Saya rindukan komen KJ, saya rindukan komen bapa mertua KJ yang bernama Tun  Pak Lah dan saya juga  sangat-sangat rindukan komen Muhyidin Yasin mengenai isu Perlis, Johor dan Pahang tidak adakan perarakan Maulidur Rasul  ini!!

~ pendikar gunung kriang

1 comment:

Anonymous said...

kahkahkah...aku pun nk dngaq jgak apa komen depa suma...awat hgpa suma diam membisu sribu bahasa...
teloq dh masuk dlm ka..atau teloq dh kena kasi...kahkahkah atau muka dh merah padam dek malu kemalu maluan...kahkahkah
yg nyatanya hgpa suma mnteri dh tak guna,enjin lama org tak mau pakai dah,pi mampuslah lg baik lbih2 lg mat sembab tuh...meluat aku tgok...ptuih3..kj plak siai yg amat2...berok jalanan yg tak tau malu,yg pencacai dok ikut dia pi brdemo tu lg la barua yg paling bodoh skali dlm dunia...wat malu m,sia ja org luaq tgok...btoi2 limau purut 3 srangkai,buta perot xdak akai...kahkahkah

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.