Monday, February 15, 2010

Salah Besar Sangatkah Jika Tak Ada Perarakan Maulidur Rasul?

Heran sungguh saya mengapa perarakan Maulidur Rasul pun dijadikan isu politik. Sampai malam tadi pun isu ini masih digembar gemburkan dalam TV kita.

Kerajaan negeri Pulau Pinang sudah mengesahkan perarakan akan diadakan. Yang menyatakan tidak akan diadakan mungkin salah faham atau buat-buat tidak faham kerana ada tiga surat dari kerajaan negeri mengenai perarakan itu. Kalau ada tiga surat, mengapa tidak rujuk kepada surat terakhir yang boleh dikira sebagai sesuatu yang muktamad? 

Yang kedua, dalam web Jabatan Agama Islam Pulau Pinang sendiri mengesahkan akan ada perarakan, malah siap dengan aturcaranya sekali. Mengapa lebih percaya kepada media daripada jabatan agama sendiri? Mengapa lebih percaya yang tidak rasmi  dari yang rasmi?

Dan yang ketiga, jika benar perarakan tidak diadakan, apa, ia salah besar sangatkah? Tanyalah tok-tok mufti adakah perarakan itu wajib dalam Islam dan jika wajib mana nasnya? Juga cuba selidik dalam dunia Islam ini berapa negara yang mengadakan perarakan bercampur lelaki dan perempuan seperti di negara kita? Mengadakan ceramah agama, wacana keilmuan membincangkan Islam memang bagus, tapi perarakan agama yang sewaktu dengan perarakan Hari Merdeka, Hari Pekerja, Hari Belia dan lain-lain di mana ramai yang berarak sambil bersembang kosong dan  gelak hu...ha...hu...ha...alahai....

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.