Thursday, February 4, 2010

Lewat Kerana Liwat?


Lalu JARING menafikan desas desus yang menyatakan Najib telah mengarahkan JARING mengurangkan kelajuan internet  bagi menghalang berita terkini mengenai kes perbicaraan Anwar di internet diketahui ramai.

Mungkin betul kata JARING, ia berlaku secara kebetulan kerana ramai yang cuba akses internet. Tapi banyak sangat yang berlaku secara kebetulan mengenai kelembapan internet sebelum ini. Masa PRU ke-12 dulu pun internet lembab, masa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh lembab, masa Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu pun lembab, dan kini isu kelembaban internet berlaku lagi.

Ya, mungkin ia berlaku secara kebetulan. Tapi bila banyak sangat berlaku kebetulan ketika berhadapan dengan peristiwa-peristiwa besar, ia macam satu skrip drama yang  sengaja diulang tayang....

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.