Wednesday, February 24, 2010

Siapa Exco Kedah Bakal Gugur Minggu Depan?



Kerajaan Kedah dijangka mengadakan rombakan Exco negeri dengan beberapa Exco mungkin digugurkan atau ditukar bagi memberi peluang kepada muka baru, sempena istiadat angkat sumpah jawatan yang akan diadakan minggu depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan berkata, beliau akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi memaklumkan baginda mengenai rombakan itu, selain memohon perkenan terhadap senarai barisan Exco baru dalam tempoh terdekat.

"Istiadat mengangkat sumpah jawatan akan diadakan awal bulan depan dan saya akan menghadap Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan baginda.
Selain itu, akan berlaku perubahan terhadap portfolio anggota Exco selain ada muka baru yang akan dilantik," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Ditanya sama ada pengguguran beberapa anggota Exco sedia ada itu, mempunyai kaitan dengan kegagalan atau kemerosotan prestasi mereka, Azizan berkata, ia langsung tidak ada kaitan dengan perkara berkenaan.

(Sumber: Berita Hairan)

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.