Thursday, February 25, 2010

Terima Kasih Banyak-Banyak Kerana Sudi Mencuri!!!



Ahli Jawatankuasa Masjid Ar-Rahman, Kampung Melele, Jitra mendapat idea yang baik bagi mengatasi masalah  kecurian barangan masjid yang sering berlaku. Mereka mendirikan satu kain bidang untuk menginsafkan pencuri-pencuri yang tidak bertanggung jawab itu. Kain pemidang itu tidak mencatatkan kata-kata amaran keras seperti lazimnya, umpamanya: "Penceroboh Akan Didakwa", "Kecurian Adalah Kes Polis", "Awas, Tindakan Tegas Kepada Pencuri!" dan lain-lain.

Sebaliknya kain bidang itu, seperti dilaporkan Kosmo mengucapkan terima kasih kepada pencuri yang sudi menceroboh dan mencuri barangan masjid. Kain bidang itu berbunyi:

"TERIMA KASIH KEPADA PENCURI-PENCURI YANG SENTIASA MENCURI BARANG-BARANG MASJID INI. TAPI INGAT, BALASAN TUHAN PASTI AKAN TIBA. YA ALLAH, BERILAH PETUNJUK KEPADA MEREKA INI"

Setiausaha Jawatankuasa Masjid, Mohd Fauzi Mohd Zain berkata kes kecurian di masjid itu telah tiba ke tahap yang begitu serius hingga menyebabkan 15 unit kipas, peralatan audio, wang tabung masjid, malah besi penutup longkang dan kepala paip juga dikebas pencuri.


Kerana berbagai ikhtiar yang dilakukan tidak berkesan bagi menangani masalah kecurian itu, jawatankuasa masjid memutuskan untuk meletakkan kain bidang ucapan terima kasih kepada pencuri yang diletakkan di pagar masjid mulai akhir tahun lepas. Dan kesannya, selepas itu tidak lagi berlaku kes kecurian berlak di masjid berkenaan.


Begitulah fitrah manusia. Kadang-kadang perlu gunakan pendekatan psikologi bagi menghadapi manusia keras kepala ini.

~ pendikar gunung kriang

1 comment:

MyTJ said...

atau mungkin sudah tidak ada apa lagi nak dicuri di masjid tu... semuanya dah habis dicuri kot....

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.